Followers

Wednesday, March 18, 2015

'Mahu guna kalimah 'Allah', tapi tolak hukum Allah'

 
Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang dilihat mahu menggunakan kalimah Allah tetapi tidak mahu hukum-Nya dilaksanakan.

Tanpa menamakan pihak tersebut, Md Alwi yang ADUN Kok Lanas itu turut mempersoalkan tindakan pihak tersebut yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.



"Baru-baru ini, sibuk sangat nak guna nama Allah sampai bawa ke mahkamah sebab nak guna nama Allah.

"Hari ini, Kelantan nak melaksanakan hukum Allah kenapa pula tak mahu? Kenapa kamu mahu (kalimah) Allah tetapi undang-undang-Nya kamu tidak mahu?

"Jawab soalan itu dulu," tegasnya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas pembentangan dan membahas pindaan Rang Undang-undang Syariah 1993 di DUN Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum itu, Md Alwi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang ingin mengambil tindakan terhadap PAS berhubung pelaksanaan undang-undang itu.

Sidang DUN Kelantan hari ini menyaksikan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta'zir yang terpakai kepada orang Islam yang mukalaf.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah, Sariqah (mencuri), hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan), zina termasuk liwat, qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat), syurb (minum arak atau memabukkan), irtidad (murtad).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.