Followers

Tuesday, March 17, 2015

Ku Li akan serang Putrajaya dalam ucapan Parlimen hari ini OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

 'Ku Li akan serang Putrajaya dalam ucapan Parlimen hari ini

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 17 March 2015.

Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini. 

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan mengkritik Putrajaya apabila membahaskan titah diraja di Parlimen hari ini, satu langkah tidak dijangka kerana akan menyerang partinya, gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Gua Musang dan penyokong BN itu akan menimbulkan 10 isu dalam membentangkan rasa tidak puas hatinya dengan kandungan titah diraja dan cara Datuk Seri Najib Razak memimpin negara.

"Ku Li merasakan titah diraja tidak mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi negara," kata satu sumber yang rapat dengan kerabat Diraja Kelantan itu, menggunakan nama timangan popularnya.

"Antara isu yang akan ditimbulkan termasuk skandal 1MDB dan konflik kepentingan apabila Najib memegang kedua-dua jawatan perdana menteri dan portfolio menteri kewangan," katanya merujuk kepada dana pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad yang berhutang sebanyak RM42 bilion.

Sumber berkata, ucapan Ku Li sepanjang 30 minit itu akan menyentuh tentang bagaimana Umno - parti tunjang BN sudah "mengambil alih kedaulatan dan kuasa Parlimen".

Ucapan bekas naib presiden Umno itu merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia di mana seorang penyokong kerajaan akan berucap menentang titah diraja.

"Ini akan mencetuskan banyak kontroversi tetapi beliau juga akan menawarkan penyelesaian bagi masalah negara," kata sumber itu di Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan teks ucapan Ku Li akan mula diedarkan pada jam 9.00 pagi hari ini.

Ucapan Ku Li juga akan menjadi cubaan terhebat pada ketika ini untuk mengkritik Najib di dalam Parlimen daripada seorang ahli Parlimen Umno.

Perdana menteri yang berkhidmat selama hampir 6 tahun kini menghadapi kritikan keras terhadap cara beliau mengendalikan isu ekonomi dan politik negara.

Bagaimanapun, berdasarkan bagaimana prosiding harian Parlimen berjalan, mana-mana cubaan untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri oleh ahli parti, ataupun daripada pembangkang, selalunya akan terhenti setakat di pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sebelum ini, beberapa usul menentang kerajaan pemerintah oleh pembangkang ditolak Yang Dipertua Dewan rakyat.

Ku Li memenangi kerusi Parlimen Gua Musang yang dulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan pada 1974.

Beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering dikatakan seorang yang layak bagi jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.

Beliau mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno pada 1987  tetapi gagal dan sebelum itu mencabar Tun Musa Hitam bagi jawatan timbalan presiden pada 1984, tetapi juga gagal.

Umno diumumkan haram selepas pemilihan parti pada 1987 dan Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) selepas gagal mendaftar Umno Malaysia sebagai Umno baharu.

Beliau menyertai Umno Baru Dr Mahathir pada 1996 tetapi disebabkan undang-undang baharu parti, Ku Li sukar untuk mencabar jawatan presiden.

Ahli Parlimen berusia 77 tahun itu juga merupakan pengasas, bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat minyak negara Petronas. – 17 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.' Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.