Followers

Thursday, March 19, 2015

KJ: Menteri BN isytihar harta pada PM, SPRM

 
 
Semua menteri kabinet daripada Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan harta masing-masing kepada perdana menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Selain menteri, katanya setiap anggota Parlimen juga perlu berbuat demikian.

"Sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri, saya juga telah mengisytiharkan harta saya. Jadi isu (untuk mengisytiharkan) harta tidak timbul.

"Kami mungkin tidak mengisytiharkannya kepada umum tetapi kami telah melakukannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program "Projek Angkat Dan Upaya' (PADU), di Putrajaya semalam.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas cadangan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa semua menteri kabinet dahulu dan sekarang perlu mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka untuk mengelakkan pertelingkahan kepentingan.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata semua anggota Parlimen BN telah mengisytiharkan harta mereka dan ini telah menjadi amalan biasa untuk beberapa waktu.

Gesaan Tengku Razaleigh itu adalah susulan langkah anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya minggu lepas.

- Bernama
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.