Followers

Sunday, March 8, 2015

#KitaLawan: “Kita kembali himpunkan rakyat lebih besar” - Tian Chua


Naib Presiden PKR, Tian Chua melaungkan semangat mereka akan mengadakan himpunan rakyat lebih besar lagi selepas ini.

“Hari ini kita ada 10,000 sahaja tidak cukup ramai tetapi kita akan kembali lagi dengan lebih ramai lagi,” kata Tian Chua di hadapan 10,000 peserta demontrasi ‘Kita Lawan’.

Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli pula menyeru anak-anak muda supaya lebih berani menuntut keadilan.

“Dalam rundingan polis, mereka benarkan kita berkumpul hingga jam 6.00 petang tetapi sekarang dah jam 6.05 petang.

Adakah kita akan berundur? “Abang-abang polis, sila balik, berehat. Jangan bimbang tentang kami. Kami tahu menjaga diri,” kata Adam ketika meminta supaya golongan muda kekal berada di KLCC.

Terdahulu, kira-kira 10,000 orang berarak dari Sogo ke KLCC bagi melahirkan bantahan terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penganjur perhimpunan mengumumkan perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 6.10 petang tanpa sebarang insiden.

Bagaimanapun perhimpunan itu diteruskan dengan beberapa kumpulan anak muda yang ingin terus berada di situ.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.