Followers

Monday, March 16, 2015

Kezaliman Kerajaan UMNO Laknatullah Masuk Hari Ke 35 Hari Ini

Pemimpin Pakatan ke Istana Negara setiap hari desak Anwar bebas Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen akan bergilir-gilir ke Istana Negara setiap hari dalam usaha menyerahkan petisyen rakyat yang dilancarkan hari ini di Parlimen bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, desakan itu akan dibuat pemimpin PR dan menyerahkan petisyen berkenaan mewakili rakyat yang mereka wakili.

"Setiap ahli Parlimen dan Adun akan ke Istana bawa petisyen ini mewakili kawasan yang diwakili mereka," kata Samsul pada sidang media di Parlimen hari ini.

PR bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan Petisyen Rakyat dan menyasarkan 1 juta sokongan menjelang 1 Mei depan.

"Ini hari ke-35 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kita akan menubuhkan inisiatif untuk membuat petisyen rakyat mengumpul tandatangan dan akan kita majukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta dan merayu baginda dapat menggunakan kuasanya untuk memberi pembebasan kepada Anwar," kata Shamsul.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengerusi NGO Himpunan Hijau Wong Tack, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta beberapa ahli Parlimen PR.

"Ini adalah usaha yang membabitkan semua rakyat," katanya. Wong pada sidang media itu turut berkata, beliau percaya Anwar dipenjarakan atas tuduhan bersifat politik dan kempen itu akan digerakkan ke seluruh negara. "Sebagai rakyat bertanggungjawab, ini tanggungjawab kita bersama-sama memperjuangkan keadilan.

"Kita percaya Anwar dihukum secara politik. Jadi kami di sini dan bersama-sama melaksanakan kempen di seluruh negara, orang ramai berkempen bersama kami untuk bebaskan Anwar. "Saya percaya ramai yang merasakan seperti kami. Kami secara rasmi lancarkan hari ini," katanya.

Katanya, petisyen berkenaan turut menerima sokongan pemimpin NGO seperti Maria Chin Abdullah dan Datuk Ambiga Sreenevasan. Sementara itu, Samad berkata, langkah menyerahkan petisyen berkenaan adalah usaha mereka memurnikan demokrasi dalam negara ini.

"Saya yakin Anwar sebenarnya dipenjarakan kerana politik, saya kira ini tidak harus dibiarkan, saya merasakan apa yang sedang berlaku ini mencemarkan demokrasi kita.

"Demokrasi di negara kita perlu dimurnikan dengan pembebasan Anwar," katanya. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau kini masih menantikan keputusan Lembaga Pengampunan sekali gus menyaksikan taraf ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya dan ketua pembangkang di Parlimen masih kekal.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.