Followers

Sunday, March 1, 2015

Kenapa Kerajaan Tidak Guna cukai tersembunyi elak kenaikan harga petrol, diesel? , kata PKR

 Rafizi berkata Putrajaya harus menggunakan cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga RON95 dan diesel bulan depan.

Rafizi berkata Putrajaya harus menggunakan cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga RON95 dan diesel bulan depan.

Putrajaya harus menggunakan cukai tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion yang dikutip secara diam-diam selama ini bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga runcit RON95 dan diesel bulan depan, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Katanya, sekiranya Kerajaan Persekutuan menggunakan 10 sen dari jumlah RM1.148 bilion itu untuk dikembalikan sebagai subsidi, maka harga RON95 dan diesel boleh dikenakan pada RM1.80 seliter sahaja.

Berdasarkan formula yang ditetapkan Putrajaya melalui sistem apungan terurus, dan mengambil kira harga pasaran dan prestasi ringgit berbanding dolar AS, Rafizi meramalkan harga RON95 dan diesel masing-masing akan naik kepada RM1.91 dan RM1.86 seliter mulai esok.

Harga RON95 ketika ini ialah RM1.70 seliter, manakala RON97 RM2 seliter dan diesel RM1.70 seliter.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, rakyat Malaysia terpaksa menanggung harga minyak yang lebih disebabkan prestasi matawangnya yang lemah berbanding mata wang Amerika.

Kejatuhan harga minyak global dari bulan September tahun lepas dicerminkan oleh penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ringgit kini berlegar sekitar RM3.60 berbanding AS$1 dan menurun sebanyak 10% dalam tempoh enam bulan lepas dari RM3.30 sebelum ini.

"Jika Datuk Seri Najib Razak menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

"Di bawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kadar matawang RM kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998," kata Rafizi.

Beliau yang juga setiausaha agung PKR berkata, fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

"Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding US$," katanya.

Rafizi mendakwa, akibat kegagalan Najib, rakyat Malaysia akan mengalami kenaikan harga petrol dan diesel pada bulan-bulan akan datang.

Beliau berkata walaupun terdapat penurunan harga bahan api antara Disember tahun lalu dan awal bulan ini, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang lebih tinggi berbanding penduduk negara lain kerana harga runcit tetap tinggi akibat kadar matawang yang semakin merudum.

Sementara itu, apabila harga minyak mentah mula naik dan harga petrol yang diproses juga mencatat kenaikan sejak awal bulan ini, rakyat Malaysia menanggung kenaikan harga minyak yang berganda kerana dalam masa sama terdapat penurunan nilai matawang ringgit. – 28 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.