Pasal
hudud, tak habis-habis pasal hudud. Urusan agama orang pun nak masuk
campur. Kita orang Islam di Malaysia pun tidak pernah pertikai apa yang
Cina sembah, hukum apa yang orang Cina nak pakai pun kita tidak pernah
nak pertikai.
DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan
dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama
dengan presiden PAS yang disifatkan “tidak jujur”.
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu
dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada malam tadi.
Katanya, parti itu sedar bahawa keputusan berkenaan akan
meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan terumbang-ambing.
“DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS
seperti Hadi Awang yang tersebut bertindak dengan tidak jujur dan tidak
bermaruah seperti ini.
“DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi
sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama
dengannya,” kata Lim lagi.
Keputusan itu dibuat antara lainnya selepas mengambil kira
pendirian Hadi dalam meneruskan pelaksanaan hudud.
Selain itu ia juga bersabit dengan kontroversi yang timbul
dalam projek Langkah Kajang - untuk melantik presiden PKR Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. M Kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.