Followers

Thursday, March 26, 2015

Isu 1MDB: Menteri ‘berlakon’, layak terima Anugerah Oscar (Oleh Ermizi Muhamad)

 '26/03/15.

Isu 1MDB: Menteri ‘berlakon’, layak terima Anugerah Oscar

(Oleh Ermizi Muhamad)

KUALA LUMPUR 26 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyindir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang hebat ‘berlakon’ dengan tidak menjawab pertanyaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi sewaktu ucapan penggulungan di Parlimen.

Menyifatkan tindakan tersebut tidak wajar, Pua berkata, keengganan Ahmad Husni untuk menjawab dan cuba mengelak persoalan yang dibangkitkan melayakkan beliau menerima Anugerah Oscar.

Katanya, sewaktu ditanya soalan demikian, Ahmad Husni cuba melengah-melengahkan keadaan dengan tidak menjawab soalan tersebut serta menarik perhatian Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab soalan tersebut atau tidak.

“Apabila ditekan oleh Ahli Parlimen (Bayan Baru) Sim Tze Tzin, Ahmad Husni buat-buat pegang dan menyelak peraturan tetap Parlimen. Dia cuba mendapatkan panduan daripada Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab atau tidak soalan itu.

“Selepas itu, Timbalan Speaker memberikan kebenaran kepada Menteri itu untuk tidak menjawab soalan itu,” jelas Pua.

Sedangkan menurut Pua, tiada sebarang pengecualian untuk Menteri tidak menjawab soalan yang diusulkan walaupun sesuatu kes itu sedang disiasat oleh pihak polis atau Audit Negara.

Husni sebelum itu diminta menjelaskan isu penggelapan sejumlah wang oleh entiti yang dikawal Jho Low bahawa kononnya dakwaan itu sudah disiasat oleh Ketua Audit Negara dan polis.

Anugerah Oscar merupakan anugerah berprestij antarabangsa dalam bidang lakonan dan perfileman.

BATU VS KAYU' KUALA LUMPUR 26 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyindir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang hebat ‘berlakon’ dengan tidak menjawab pertanyaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi sewaktu ucapan penggulungan di Parlimen.

Menyifatkan tindakan tersebut tidak wajar, Pua berkata, keengganan Ahmad Husni untuk menjawab dan cuba mengelak persoalan yang dibangkitkan melayakkan beliau menerima Anugerah Oscar.

Katanya, sewaktu ditanya soalan demikian, Ahmad Husni cuba melengah-melengahkan keadaan dengan tidak menjawab soalan tersebut serta menarik perhatian Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab soalan tersebut atau tidak.

“Apabila ditekan oleh Ahli Parlimen (Bayan Baru) Sim Tze Tzin, Ahmad Husni buat-buat pegang dan menyelak peraturan tetap Parlimen. Dia cuba mendapatkan panduan daripada Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab atau tidak soalan itu.

“Selepas itu, Timbalan Speaker memberikan kebenaran kepada Menteri itu untuk tidak menjawab soalan itu,” jelas Pua.

Sedangkan menurut Pua, tiada sebarang pengecualian untuk Menteri tidak menjawab soalan yang diusulkan walaupun sesuatu kes itu sedang disiasat oleh pihak polis atau Audit Negara.

Husni sebelum itu diminta menjelaskan isu penggelapan sejumlah wang oleh entiti yang dikawal Jho Low bahawa kononnya dakwaan itu sudah disiasat oleh Ketua Audit Negara dan polis.

Anugerah Oscar merupakan anugerah berprestij antarabangsa dalam bidang lakonan dan perfileman.



BATU VS KAYU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.