Followers

Sunday, March 22, 2015

Hadi: PAS keluar Pakatan? Hanya Allah yang tahu

 
"Itu dalam ilmu Allah. Saya pun tidak tahu bila saya mati."

Begitu reaksi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan sama ada PAS akan keluar Pakatan Rayat selepas pindaan enakmen hudud diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media selepas Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Marang tengah malam tadi, beliau bagaimanapun menegaskan "kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat".

Beliau juga menegaskan bahawa Pakatan adalah gabungan longgar dan masing-masing mempunyai pandangan berbeza, lapor Harakahdaily.

"Kita tidak boleh halang berbeza pandangan. Kita pernah dalam kenyataan bersama apda 2011 kita terima itu (kanun jenayah syariah) hak negeri. Kita beri peluang kepada DAP untuk tidak setuju," katanya,.

Beliau berkata, Ketua Umum PKR dan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menandatangani kenyataan bersama itu.

"Kita Melayu yang tidak lupa, bukan mudah lupa.

“Kewajipan kita bentang, setuju tak setuju tengok dulu," beliau dipetik sebagai berkata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.