Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datk Seri Jami Khir
Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) menyediakan garis panduan untuk memelihara tatasusila dan akhlak
penghibur dan penonton agar tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Beliau berkata garis panduan itu sebagai membantu Jawatan
Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)
yang memberi kebenaran bagi aktiviti hiburan melibatkan artis luar negara.
"Antara isi kandungan garis panduan tersebut ialah
persembahan yang tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat
Islam dan persembahan artis serta interaksi dengan penonton hendaklah secara
sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan," jawapan
bertulis Jamil dipetik .
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang)
yang bertanyakan mengenai sejauh mana keseriusan kerajaan dalam menguatkuasakan
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang diterbitkan oleh Jakim.
Sebelum ini, kontroversi tercetus ekoran rakaman video aksi
gadis bertudung berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea
di atas pentas sehingga menimbulkan cemuhan pelbagai pihak.
Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis
bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu,
sambil disambut sorakan penonton.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.