Followers
Sunday, March 29, 2015
Fariz Musa ditahan selepas himpunan #KitaLawan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Fariz Musa (kiri) kini ditahan polis selepas perhimpunan #KitaLawan hari ini. –
Fariz Musa menjadi yang pertama ditahan hari ini selepas perhimpunan aman #KitaLawan hari dan dikatakan ditahan mengikut Akta Hasutan.
Dalam satu kenyataan PKR hari ini, Fariz kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Perhimpunan yang berlangsung hari ini dihadiri lebih kurang 1,000 orang dan berakhir lebih kurang 7 petang.
"Sdr Fariz Musa, setiausaha pengelola PKR dan koordinator Jingga 13 ditangkap bawah Akta Hasutan, selepas perhimpunan #KitaLawan tadi.
"Difahamkan beliau sekarang berada di IPK Kuala Lumpur, dan akan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat," kata PKR.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dibenarkan berjumpa dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.
Hanipa ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau kini masih berada di balai polis dan akan memberi kenyataan kemudian.
Selain Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang ditahan polis menjelang perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di Kuala Lumpur petang ini.
PKR turut mengesahkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan semalam kini direman selama 3 hari.
Chua ditahan selepas selesai mesyuarat bersama penduduk di kawasan Parlimennya di Batu, Kuala Lumpur.
Petang semalam, polis menahan Rafizi yang juga naib presiden PKR di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.
Turut ditahan malam semalam, Hishamuddin selepas sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program terakhir menjelang perhimpunan #KitaLawan. – 28 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.