Followers

Friday, March 20, 2015

Eh.....dah menopause dan dah tak laku pun nak megugut juga? Hudud: MCA, GERAKAN pula ugut keluar BN?

ismail sabri
Faiz Zainudin.

UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan. ismail sabri

PETALING JAYA: Selepas DAP membantah kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud, kini giliran MCA dan GERAKAN pula membuat ugutan untuk keluar daripada parti komponan Barisan Nasional (BN) jika UMNO terus menyokong pelaksanaan Hudud.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau kesal dengan tindakan kedua-dua parti komponan BN itu kerana tidak menghormati langsung keputusan UMNO yang menjadi tonggak umat Islam negara ini.

Katanya, MCA dan GERAKAN tidak wajar membantah keputusan UMNO untuk menyokong PAS Kelantan melaksanakan Hudud kerana ia tidak melibatkan bukan Islam. “UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan.

Apa kesan pada mereka?” Soal Ismail dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, beliau menggesa parti komponen BN yang bukan beragama Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

“Saya harap perkara ini dapat dihentikan kerana kalau diteruskan, semakin lama masyarakat dalam negara ini makin tidak hormat agama lain dan ini tidak baik untuk masa depan negara.

“Dalam Perlembagaan kita uruskan sendiri urusan agama kita. Mereka tak hormati perasaan orang Islam dalam negara kita,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada sebab untuk DAP, MCA, GERAKAN, MIC untuk mencampuri urusan Hudud kerana mereka tidak mempunyai kerusi di DUN di Kelantan. “Rakyat Kelantan berhak apa lagi umat Islam di Kelantan, dari rakyat hingga ke Istana menyokong.

Apakah Kami orang Kelantan tiada hak dalam perlembagaan?, soal beliau menerusi posting terbaru Facebooknya. Jelas beliau, Islam tidak pernah menghalang kebebasan agama lain untuk melaksanakan urusan agama mereka malah menghormati semua agama. “Eloklah mereka menjaga urusan parti mereka masing-masing, tolong hormati DUN Kelantan dan pilihan rakyat Kelantan,” tambahnya.

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia pula, PAS menyampaikan kebimbangan terhadap kemurkaan Allah lebih daripada bimbang tidak akan mendapat sokongan sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din turut menyatakan keputusan PAS untuk melaksanakan hukum hudud juga tidak akan berubah malah telah menetapkan bahawa hukum hudud lebih penting untuk dilaksanakan daripada prinsip Pakatan Rakyat (PR).

“Agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS dan akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, seluruh pemimnpin PAS menyedari akan berlaku pertembungan di antara PAS dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah kemudiannya menyokong atau keras menentang. Jelas Haron lagi, PAS juga tidak pernah bersikap membelakangkan rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR kerana memperjuangkan hukum hudud.

“Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.