Followers

Friday, March 20, 2015

Disyaki kes dera, pengasuh ditahan reman 4 hari

Seorang pengasuh wanita ditahan reman selama empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan membabitkan kes mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shamshol Azwa Martadza membenarkan suspek direman sehingga 22 Mac ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mengalami kesan luka di seluruh bahagian badan, dipercayai akibat didera.

Sebelum ini, wanita berusia 26 tahun itu ditahan reman selama 14 hari yang berakhir semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes mendera adik kepada kanak-kanak lelaki berkenaan sehingga meninggal dunia pada 3 Mac lepas.

Nor Saraniya Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di bahagian mulut di rumah pengasuhnya di Taman Klebang Jaya, Chemor.

Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati wujud unsur kekerasan dan penderaan selain punca kematian disebabkan oleh komplikasi jangkitan akibat kekurangan zat makanan.

Wanita itu ditahan pada 2.30 petang, 4 Mac lepas di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.