Followers

Saturday, March 14, 2015

Dialog Isu Semasa PAS dibatalkan - Ikuti apa kata penaja......

 

Siri 1 : Dialog Isu-Isu Semasa PAS 1. Dukacita dimaklumkan bahawa program yang dijadualkan berlangsung pada malam ini, Jumaat 13 Mac 2015 tidak dapat diteruskan sebagaimana dirancang oleh sebab campurtangan pimpinan atasan.

2. Penganjuran program sebegini seharusnya diraikan dalam dunia langit terbuka hari ini bagi membuktikan kemampuan PAS menguruskan konflik dalaman secara tertib dan rasional. Ia seharusnya dilihat sebagai satu pembuktian bahawa walaupun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan PAS, namun ia berlangsung dalam penuh harmoni.

3. Penganjuran program ini bukanlah bagi memberi ruang kempen kepada mana-mana pihak. Pihak kami sedaya upaya cuba bagi mewujudkan barisan panelis yang seimbang dan mewakili jalur pemikiran yang dominan di dalam PAS.

Namun begitu, sikap sesetengah pimpinan yang lebih selesa berpencak silat dengan bayang-bayang sendiri di media sosial berbanding hadir ke forum terbuka cukup mengecewakan.

Pertukaran tempat dan tarikh program ini sedikit sebanyak berpunca dari kesukaran mendapatkan panelis yang mampu dilihat sebagai mewakili jalur pemikiran dominan di dalam PAS.

4. Penganjuran program sebegini wajar dilihat sebagai wadah terbaik dan bukan sekadar alternatif dalam menyatukan kepelbagaian jalur pemikiran di dalam PAS. 


Memberikan platform kepada pimpinan untuk bertukar pandangan jelas lebih baik berbanding kewujudan pelbagai akaun palsu seperti El-Haraki dan Tok Usin Ceroi di laman sosial yang bukan sahaja gagal menonjolkan akhlak siyasah Islam, malahan sanggup mengamalkan gaya politik Machiavelli dalam mencapai matlamat mereka untuk menjatuhkan pimpinan yang berbeza pandangan.

Dakwaaan tentang keterlibatan pimpinan PAS kawasan tertentu dalam merancang kewujudan akaun sebegini seharusnya diambil serius oleh pimpinan tertinggi PAS.

5. Walau bagaimanapun, kami tetap komited dalam meneruskan agenda pencerahan sebegini pada masa akan datang. Kami percaya apa yang berlaku tidak akan berterusan jika ada pihak yang sedia memberikan lebih banyak telinga daripada mulut. 6.

Kita jumpa di Siri 2 : Dialog Isu-Isu Semasa PAS pada masa akan datang! Junaidi bin Mohamad Jurucakap AJK Penganjuran Dialog Isu-Isu Semasa PAS


al-Husseyn.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.