Followers

Thursday, March 19, 2015

Datuk Nicol David, Atlet Terbaik Negara Umat Islam M'sia.. Posted by Ibnu Hasyim

 
 
NICOL memenangi dua pingat emas Sukan Asia Incheon dan satu pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow selain muncul juara Kejohanan Dunia, Terbuka Britain serta Terbuka Hong Kong.
SUKAN

RATU skuasy negara umat Islam Malaysia, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Majlis Anugerah Sukan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2014 buat kali ketiga di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.
Pemain No. 1 dunia itu pernah merangkul anugerah tersebut pada tahun 2005 dan 2007 serta turut dipilih sebagai pe­nerima Anugerah Khas SAM-100Plus 2014.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengetepikan saingan hebat empat calon lain iaitu Sazali Abdul Samad (bina badan), Mohd. Hafifi Mansor (angkat berat), Mohd Zaqhwan Zaidi (pelumba motosikal) dan Lim Chee Wei (karate) yang turut tersenarai sebagai calon akhir Anugerah tersebut.

Nicol yang tidak mengha­diri majlis itu kerana berada di luar negara dan diwakili bekas rakan sepasukannya, Sharon Wee untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mampukah kerajaan Malaysia, memajukan lagi pakaian atlet perempuannya, supaya sesuai dengan negara umat Islam yang bermaruah? (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.