Followers

Tuesday, March 10, 2015

Cukup bukti untuk dakwa Jho Low, Najib dan Shahrol -

'Monday, March 09, 2015 

Cukup bukti untuk dakwa Jho Low, Najib dan Shahrol - 

Rafizi Ramli Pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan cukup bukti bagi ahli perniagaan Low Taek Jho dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi didakwa mengikut 2 undang-undang, kata PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB juga dianggap bertanggungjawab dan beliau akan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka esok. 

"Bukti setakat ini menunjukkan Low dan Shahrol boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya 2 kesalahan iaitu melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah. 

"Oleh itu, saya menggesa supaya mereka segera disiasat dan didakwa. "Saya sendiri akan membuat satu laporan polis terhadap Low, Shahrol dan Najib pada hari esok 10 Mac, 2015 jam 3 petang di IPD Dang Wangi supaya kes ini dapat disiasat segera dengan bukti yang jelas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, Rafizi tidak menjelaskan Najib, iaitu menteri kewangan yang mengilhamkan 1MDB, perlu disiasat atas dakwaan apa. 

"Lebih mengejutkan, dalam satu komunikasi dengan PetroSaudi, Low secara berani menyatakan pemindahan wang dari PetroSaudi ke 1MDB tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang secara jelas melanggar Akta Pengubahan Wang Haram.

"Ini menguatkan lagi saranan saya sebelum ini Low dan Shahrol terbukti melanggar Akta Pengubahan Wang Haram apabila memindahkan wang tanpa menyatakan siapa penerima akhir seperti terkandung dalam emel yang didedahkan Sarawak Report,” katanya. 

Rafizi merujuk kepada artikel Sarawak Report semalam, yang mendakwa Low cuba memintas BNM dalam usahanya mempercepatkan pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi pada 2010. 

Low didakwa memberitahu pengarah PetroSaudi Patrick Mahony yang kelulusan BNM tidak perlu kerana perdana menteri, yang juga menteri kewangan, sendiri meluluskan pinjaman itu. Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi mula mendapat perhatian selepas Sarawak Report mendakwa Low yang merancang satu usaha sama di antara kedua-dua syarikat itu pada 2009 untuk membawa keluar AS$700 juta daripada 1MDB. 

Sarawak Report mendakwa PetroSaudi bersetuju bertindak sebagai "orang depan" Low dalam urus niaga yang akan datang, sedangkan firma itu sebenarnya tidak mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri. 

Rabu lalu, Najib mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun 1MDB selepas jemaah menteri diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan diberitahu yang tuduhan terhadapnya berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi. – 

9 Mac, 20159. - sumber Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan keatas 1MDB setelah Jabatan Audit Negara telah selesai audit ke atas syarikat itu, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini. 

Beliau berkata badan anti-rasuah perlu menunggu proses yang dijangka siap sebelum ia boleh bergerak dengan siasatannya. 

 al-Husseyn.' Rafizi Ramli Pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan cukup bukti bagi ahli perniagaan Low Taek Jho dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi didakwa mengikut 2 undang-undang, kata PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB juga dianggap bertanggungjawab dan beliau akan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka esok. 

"Bukti setakat ini menunjukkan Low dan Shahrol boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya 2 kesalahan iaitu melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah. 



"Oleh itu, saya menggesa supaya mereka segera disiasat dan didakwa. "Saya sendiri akan membuat satu laporan polis terhadap Low, Shahrol dan Najib pada hari esok 10 Mac, 2015 jam 3 petang di IPD Dang Wangi supaya kes ini dapat disiasat segera dengan bukti yang jelas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, Rafizi tidak menjelaskan Najib, iaitu menteri kewangan yang mengilhamkan 1MDB, perlu disiasat atas dakwaan apa. 

"Lebih mengejutkan, dalam satu komunikasi dengan PetroSaudi, Low secara berani menyatakan pemindahan wang dari PetroSaudi ke 1MDB tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang secara jelas melanggar Akta Pengubahan Wang Haram.

"Ini menguatkan lagi saranan saya sebelum ini Low dan Shahrol terbukti melanggar Akta Pengubahan Wang Haram apabila memindahkan wang tanpa menyatakan siapa penerima akhir seperti terkandung dalam emel yang didedahkan Sarawak Report,” katanya. 

Rafizi merujuk kepada artikel Sarawak Report semalam, yang mendakwa Low cuba memintas BNM dalam usahanya mempercepatkan pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi pada 2010. 

Low didakwa memberitahu pengarah PetroSaudi Patrick Mahony yang kelulusan BNM tidak perlu kerana perdana menteri, yang juga menteri kewangan, sendiri meluluskan pinjaman itu. Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi mula mendapat perhatian selepas Sarawak Report mendakwa Low yang merancang satu usaha sama di antara kedua-dua syarikat itu pada 2009 untuk membawa keluar AS$700 juta daripada 1MDB. 

Sarawak Report mendakwa PetroSaudi bersetuju bertindak sebagai "orang depan" Low dalam urus niaga yang akan datang, sedangkan firma itu sebenarnya tidak mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri. 

Rabu lalu, Najib mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun 1MDB selepas jemaah menteri diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan diberitahu yang tuduhan terhadapnya berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi. – 

9 Mac, 20159. - sumber Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan keatas 1MDB setelah Jabatan Audit Negara telah selesai audit ke atas syarikat itu, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini. 

Beliau berkata badan anti-rasuah perlu menunggu proses yang dijangka siap sebelum ia boleh bergerak dengan siasatannya. 


al-Husseyn.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.