Bekas
Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa jawatan
pengerusinya yang disandang sebelum ini tidak disambung hanya kerana
beliau tidak bersetuju arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk membenarkan bayaran balik
pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta ahli perniagaan karpet, Deepak
Jaikishan menggunakan cek ‘post dated’ yang akan menyebabkan kerugian
sehingga RM14.6 juta kepada Bank Rakyat.
“Kalau dia (Hasan Malek) minta untuk saya pertimbangkan permintaanya itu, mungkin saya akan pertimbangkan.
Tetapi sebaliknya dia mengarahkan saya untuk bersetuju dengan permintaannya itu. Saya tidak boleh bersetuju dengan perkara sedemikian kerana ia membabitkan wang 980,000 orang ahli bank itu.”

“Sebagai pengerusi
Bank Rakyat, saya harus membuat pertimbangan yang bebas tanpa
dipengaruhi atau dikuasai mana-mana pihak,” ujarnya lagi.
Jelasnya secara lanjut tentang senario skandal Deepak dan Bank Rakyat, beliau berkata Deepak telah diberikan penyelesaian mudah pembayaran pinjaman untuk tempoh bayaran selama 10 tahun menggunakan 120 keping cek “post dated”.
Beliau akui pembayaran menggunakan kaedah ‘post-dated’ tidak dipraktis di mana-mana bank di negara ini.
Berikutan tindakan Sabaruddin yang enggan menerima arahan Hasan Malek, kontraknya sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung serta kosong sehingga ke hari ini.
Sabaruddin mendakwa kontraknya tidak disambung setelah menerima arahan Hasan Malek.
Sebagai menjelaskan serta memberikan gambaran sebenar skandal ini, Sabaruddin akhirnya bersetuju untuk mengusahakan buku ini demi menegakkan keadilan terhadap dirinya.
“Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) telah menyalahguna kuasa dan isu itu ditutup tanpa sebarang kata putus,” katanya.
Ekoran itu, Sabbaruddin turut menggesa pihak berkuasa dan kerajaan supaya satu siasatan dibuat terhadap menteri tersebut.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.