Followers

Saturday, March 14, 2015

Berita paksa rela yang melegakan mamat ni......

 
'Saturday, March 14, 2015 

Berita paksa rela yang melegakan mamat ni...... 

Rupanya mamat ni jenis berani, berani takut! Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mac 14, 2015

 (Diterbitkan pada: Mac 14, 2015 11:19 MYT) 

Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar Injunksi yang difailkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima injunksi menghalang Majlis itu daripada mengemukakan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di dalam Mesyuarat Agung tahunannya yang ke 69. 

Beliau berkata pihaknya tidak akan membentangkan usul itu. "Kami telah menerima injunksi itu. 

Kami akur dengan terma-terma itu. Kami tidak akan membentangkan usul itu," katanya kepada pemberita apabila ditemui sebelum mesyuarat itu bermula di Hotel Renaissance di sini, hari ini. Injunksi yang difailkan Muhammad Shafee itu adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu. 

Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian. 

Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee. Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte. Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Ketika ditanya mengenai usul itu esok, naib presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu tidak boleh memberi komen secara rasmi mengenai perkara itu untuk didengar oleh mahkamah kerana ia pada dasarnya adalah mesyuarat dalaman. 

Posted by mountdweller.' Rupanya mamat ni jenis berani, berani takut! Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mac 14, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 14, 2015 11:19 MYT)
Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar Injunksi yang difailkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima injunksi menghalang Majlis itu daripada mengemukakan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di dalam Mesyuarat Agung tahunannya yang ke 69. 

Beliau berkata pihaknya tidak akan membentangkan usul itu. "Kami telah menerima injunksi itu.
Kami akur dengan terma-terma itu. Kami tidak akan membentangkan usul itu," katanya kepada pemberita apabila ditemui sebelum mesyuarat itu bermula di Hotel Renaissance di sini, hari ini. 

Injunksi yang difailkan Muhammad Shafee itu adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu. 

Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian. 

Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee. 

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte. Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Ketika ditanya mengenai usul itu esok, naib presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu tidak boleh memberi komen secara rasmi mengenai perkara itu untuk didengar oleh mahkamah kerana ia pada dasarnya adalah mesyuarat dalaman.


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.