Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS. PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.
Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.
Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis
oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan
membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.
Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan
kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan
hukuman hudud di Kelantan."Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan
rang Undang-undang persendirian tersebut.
Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS
Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS
Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada
rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan
keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.
"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian
asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat,
Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan
media bersamanya hari ini.
Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali;
Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi
Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan
(AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa
supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang
persendirian tersebut atau tidak.Ia berikutan, rang undang-undang
persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.
"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang
hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan."Hakikatnya, tidak ada
seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah
membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan
rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen,
termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia
merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di
Parlimen," kata kenyataan itu lagi.DAP sebelum ini telah memutuskan
tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.