Followers

Friday, March 13, 2015

Beli rumah milik janda bergetah ini dan anda berpeluang mengahwininya, ada yang berminat?

Kuala Lumpur: “Kalau sudah ditakdirkan jodoh saya dengan lelaki bujang dari Malaysia yang nak beli rumah dan sudi memperisterikan saya, ‘why not’ (mengapa tidak) . 

“Apa yang penting , saya dan lelaki itu perlu ada keserasian,” kata Wina, 40. 

Laman web Harian Metro semalam melaporkan, Wina dari Randu Gunting, Tamanmartani, Kalasan, Sleman, Jogjakarta menjadi terkenal apabila mahu menjual rumahnya, sekali gus sudi mengahwini pembeli rumahnya. 

Dia mengiklankannya di Internet baru-baru ini dengan menggunakan ayat ‘Penawaran Langka Abad Ini !!! 

Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego’. 

Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00 (RM282,601). 

Janda dua anak berusia 21 dan 14 tahun itu mengakui kini dalam dilema berikutan dianggarkan 600 orang berminat membeli rumahnya dan ada antaranya mahu berkahwin dengannya selepas dimaklumkan ejen yang membantu menjualkan rumahnya, Dian. 

Katanya, rata-rata mereka bukan hanya bertanyakan mengenai rumah tetapi turut bertanya hal peribadi dirinya termasuk beberapa lelaki dari Arab Saudi dan Hong Kong. 

“Dian ada beritahu saya, pembeli yang berminat bertanya betul ke kalau beli rumah boleh berkahwin dengan pemiliknya. Saya beritahunya lelaki itu perlu memenuhi kriteria yang saya mahukan. 

“Ini kerana segala urusan mengenai iklan penjualan rumah diserahkan sepenuhnya kepada Dian dan mereka hanya perlu menghubunginya. 

“Lebih 20 orang lelaki bujang dan sudah berkeluarga juga ada datang melihat rumah yang hendak dijual sejak iklan di Internet menjadi ‘viral’ di media sosial sejak tiga hari lalu, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Katanya, walaupun mendapat respon positif daripada iklan yang dipaparkan namun tidak semudah itu untuk berkahwin. 

“Saya tidak akan terima begitu saja kerana perlu melihat latar belakangnya, kriteria dan sebagainya terlebih dulu. 

“Pada awalnya, idea untuk mengiklankan rumah dan boleh berkahwin dengan pemiliknya timbul selepas bergurau bersama Dian. 

“Dia (Dian) mencadangkan supaya selain menjual rumah pembeli itu juga boleh berkahwin dengan saya memandangkan saya juga seorang janda.

Jadi, saya pun bersetuju,” katanya. -hmetro-


Kerangga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.