Followers

Thursday, March 12, 2015

Azmin dapatkan bantuan PM pulih perjanjian air

  

Menteri Besar Selangor Azmin Ali meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyelesaikan kebuntuan antara kerajaan negeri itu dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau berhubung perjanjian air yang telah luput.
 
"Saya berjumpa dengan perdana menteri di luar persidangan Majlis Raja-Raja pagi ini, dan secara ringkas saya sampaikan kepadanya kebimbangan saya dalam mencari satu penyelesaian secepat mungkin," kata Azmin kepada pemberita di Parlimen hari ini.
 
Pentadbiran Azmin memilih untuk tidak melanjutkan perjanjian air dengan kerajaan persekutuan awal minggu ini, selepas mendakwa tuntutan kerajaan persekutuan untuk mendapat tanah, bertentangan dengan semangat perjanjian induk yang ditandatangani pada September lalu.
 
Azmin dan Datuk Maximus Ongkili  (kanan) menyalahkan satu sama lain tetapi kedua-duanya telah menyatakan hasrat mereka untuk membuka pintu bagi pusingan baru rundingan.
 
"PM telah memberi jaminan kepada saya bahawa dia akan bercakap dengan menteri berkenaan mengenai perkara itu. Saya memberitahunya bahawa apa-apa yang kita lakukan mestilah selaras dengan semangat perjanjian induk," kata Azmin.
 
Azmin kemudian berkata bahawa beliau berharap untuk bertemu menteri itu sekali lagi minggu depan untuk membincangkan langkah ke hadapan untuk mencari penyelesaian terhadap perkara itu.
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.