Followers

Friday, March 6, 2015

Azmin Ali Buat U Turn?

 

Azmin Ali Buat U Turn? Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah mengumumkan pemba­talan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) seperti diumumkan sebelum ini, sebalik­nya hanya membatalkan pemba­ngunannya.

Mohamed Azmin berkata, Kementerian Kerja Raya telah pun dimaklumkan mengenainya dan beliau ada menerima surat daripada kementerian itu untuk berbincang secara lebih lanjut.

“Ada dua beza, bukan batalkan projek tetapi batalkan pembangunan kerana itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Soal tanah, soal kelulusan, itu kuasa kerajaan negeri.

“Kita membatalkan pemba­ngunan kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat maka Menteri Kerja Raya menulis surat memaklumkan bahawa kementerian telah dibe­ritahu bahawa pembangunan ini dibatalkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini hari ini.

Azmin Ali Buat U Turn?

Sehubungan itu, beliau bercadang bertemu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur pengangkutan secara menyeluruh khususnya di negeri ini.

Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memberi tempoh secukupnya supaya syarat-syarat tersebut dipenuhi namun syarikat konsesi terbabit gagal berbuat demikian.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi ialah menyediakan penilaian kesan lalu lintas, sosial dan alam sekitar, menyatakan kadar tol sepanjang tempoh konsesi.
 
 
Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.