Followers

Sunday, March 29, 2015

Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca

 


Addin rasa ramai lagi penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS berpandangan sebegini. Namun analogi yang diberikan oleh penulis agak menarik. Addin harap pemimpin tertinggi PAS merenung semula tindakan yang di buat. Masih belum terlambat..

Baca dan fahami tulisan di bawah..

KEBIJAKSANAAN PIMPINAN BAHARU PAS AKAN MERINTIS JALAN PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD DI MALAYSIA DENGAN TATACARA YANG LEBIH EDUKATED, TERTIB DAN SEMPURNA MELALUI PERANCANGAN YANG SOFISTIKATED BERSAMA PAKATAN RAKYAT !!!  
Hudud kita boleh ibaratkan seperti sebuah "KUBAH" yang diletakkan di atas bangunan "MASJID".  
Sebelum kita letak "KUBAH", kita perlu bina dulu bangunan "MASJID". "MASJID" itu adalah gambaran kepada asas Negara Islam yang perlu kita bina dulu sebelum Hudud dilaksanakan !!!
Dalam bahasa mudah, selagi Perlembagaan Negara tidak dipinda, maka selagi itu Hudud tidak dapat dilaksanakan !!! Perlembagaan Negara perlu diubah daripada berkiblatkan undang-undang Lord Reid kepada Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. !!! 
Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca 
Maka, usaha ke arah menguasai Putrajaya terlebih dahulu perlu diutamakan oleh PAS kerana tanpa kuasa di Putrajaya, cita-cita umat Islam untuk melihat Hudud dapat dilaksanakan tidak akan menjadi kenyataan. 
Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana Kelantan berada dalam Malaysia dimana apa-apa jua undang-undang atau enakmen yang diluluskan di peringkat DUN Kelantan yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia akan terbatal dengan sendirinya !!! Itulah asas undang-undang Malaysia yang menjadi penghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan !!!  
Sesungguhnya Islam datang dengan membina asas Islam dalam diri umat nabi Muhammad s.a.w. terlebih dahulu, kemudian... baginda Rasulullah s.a.w. membina Kerajaaan Islam Madinah dan akhirnya Syiar Islam dapat ditegakkan termasuk Hudud dapat dilaksanakan dengan penuh tertib dan sempurna !!! 
Soal tentangan Hudud oleh orang bukan Islam daripada DAP, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain termasuk daripada umno dan PKR itu boleh diuruskan dengan baik bila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya melalui usaha memberikan penerangan dan penjelasan tentang mekanisme perlaksanaan Hudud di Malaysia termasuk mengetengahkan kebaikan dan keadilan Hudud !!!  
Pengalaman PAS di bawah pimpinan Almarhum Tuan Guru Dato’ Hj Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1993 yang ingin melaksanakan Hudud di Kelantan tetapi digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan sepatutnya menjadi pengajaran buat pimpinan PAS pada hari ini untuk memberi fokus kepada usaha menguasai Putrajaya terlebih dahulu bersama Pakatan Rakyat bagi memudahkan Hudud dapat dibawa ke Parlimen Malaysia untuk mendapat sokongan 2/3 ahli dewan bagi pindaan Perlembagaan Malaysia !!!  
Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca  
Di sinilah kebijaksanaan pimpinan baharu PAS akan datang diperlukan untuk merangka strategi politik yang lebih praktikal, ada tatacara edukated dan mempunyai perancangan yang lebih sofistikated dengan penuh tertib dan sempurna dalam menjayakan perlaksanaan Hudud di Malaysia !!!  
Bila kita telah berusaha dengan penuh tertib dan sempurna, Insya'Allah Hudud akan diterima oleh semua rakyat Malaysia !!! Yakinlah dengan janji Allah....bila kamu membantu agamamu, maka Allah akan membantu kamu dan mudahkan urusan kamu di dunia !!!
Mohd Suhaimi Aziz
UTM Skudai, Johor

Ramai orang sayangkan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Moga pemimpin boleh menimbang dari segi Fiqh Awlawiyyat dan Maqasid Syariah.. Sekiranya tersilap dan salah anda semua boleh menegur..

Wallahualam..





AADDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.