Followers

Monday, March 23, 2015

Anti-GST mahu bermalam di pejabat kastam

 
 
Lebih 100 aktivis berkira-kira untuk bermalam di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya hari ini sebagai membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan minggu depan.

Mereka merancang begitu, jika perlu, dalam usaha mendapatkan jawapan daripada Jabatan Kastam berhubung lebih 100 soalan mereka tentang pelaksanaan GST.

Setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin, yang memimpin bantahan ini, mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Kami bersedia untuk bermalam di sini sehingga kami mendapat jawapan-jawapannya. Kami ada rancangannya, anda perlu tunggu," kata Arutchelvan.

Kumpulan itu buat masa ini sedang duduk di kaki lima berdekatan pusat maklumat GST di kompleks tersebut dengan diawasi sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan. Mereka berbual di situ, selain menyanyi dan mendengar ucapan-ucapan.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.