Followers

Tuesday, March 10, 2015

AL FATIHAH - Abang Muhyiddin meninggal dunia

 
 

Ustaz Abdul Rahman Yassin, 76, abang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, kira-kira pukul 7.45 malam Isnin.

Anak Allahyarham, Rashid, 47, berkata arwah bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak semalam untuk mendapatkan rawatan kerana batuk dan kelihatan lemah.

"Arwah ada masalah buah pinggang dan juga jangkitan paru-paru," katanya ketika dihubungi Isnin malam.

Rashid berkata arwah bapanya merupakan pesara guru agama di Sekolah Arab Saadiah, Jalan Bakri di Muar.

"Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga," katanya Rashid, anak kedua daripada enam beradik itu.

Jenazah sudah dibawa pulang ke rumah mereka di Jalan Bakri dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi Selasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed ketika dihubungi berkata Timbalan Perdana Menteri dijangka tiba di Muar pagi ini bagi menghadiri majlis pengebumian abangnya itu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.