PROGRAM Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebentar tadi dicemari
insiden kekasaran oleh anggota Polis yang didakwa cuba menumbuk ADUN
Teja, Chang Leh Kang. Polis juga didakwa cuba mengasari wanita warga
emas yang tidur di dataran.
Duduk
Bantah dianjurkan oleh sekumpulan anak muda di Dataran Merdeka dan
turut disertai oleh ADUN KEADILAN. Aktiviti ala 'occupy' yang dirancang
dari 21 Mac itu dijangka akan diteruskan sehingga 28 Mac 2015.
Duduk
Bantah menggesa Ketua Polis Negara berundur (#PecatIGP) lantaran
tindakan Polis sebelum ini yang menangkap ramai aktivis dan pimpinan
Pakatan Rakyat di bawah peruntukan undang-undang yang sudah diputuskan
oleh mahkamah sebagai melanggar perlembagaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.