Followers

Tuesday, March 3, 2015

Akhirnya Pemuda UMNO sedar mereka buat kerja tak berfaedah..

 
Selepas diserang hebat, Pemuda Umno berkata mereka tidak akan lagi memberi penerangan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka, sebaliknya hanya akan mengadakan secara tertutup dan jika ada permintaan.

Sesi penerangan juga akan dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti yang diadakan di Kelana Jaya dan Permatang Pauh bulan lepas, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

"Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama Anwar Ibrahim di luar," kata Jamawi seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Jamawi berkata penerangan secara dalaman ini akan dibuat kepada ahli dan jentera Pemuda Umno.

"Tapi kita buat secara dalaman program penerangan ini untuk memberi kefahaman termasuk kepada ahli dan semua jentera penerangan Pemuda Umno," katanya.

Jamawi berkata, Pemuda Umno tidak akan berhenti menjelaskan kepada orang ramai, tapi ia akan dilakukan dalam skala kecil tanpa publisiti. 

"Kita akan teruskan dari semasa ke semasa. Malah mana-mana pihak yang jemput untuk beri penjelasan kita akan beri. Selagi kita ada permintaan, kita akan teruskan tapi dalam kumpulan skala kecil saja tanpa publisiti," katanya.

Acara Jelajah Liwat Pemuda Umno diadakan sebaik saja Anwar dipenjarakan menampilkan Shafee untuk menjelaskan keputusan bersalah ketua pembangkang itu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program jelajah seluruh negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes tersebut kini selesai.

Bagaimanapun, langkah tersebut dikritik pengamal dan pakar undang-undang.

Beliau didakwa melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 apabila dikatakan mencari publisiti bagi kemenangannya dalam kes itu lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.