Followers

Sunday, March 29, 2015

Adakah musuh politik telah berjaya..??

Mengapa #KitaLawan kedua lebih kecil .....
Hudud Kelantan, tindakan keras polis dan majlis perkahwinan kenamaan merupakan antara sebab perhimpunan #KitaLawan semalam lebih kecil daripada tiga minggu lalu.

Penganalisis dan pemerhati berkata walaupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan faktor utama perhimpunan ini dan isu penting majoriti rakyat Malaysia, kesan cukai baharu itu masih belum dirasai.

Apabila GST bermula dan golongan berpendapatan rendah merasai kesannya, penangkapan aktivis dan pemimpin politik tidak akan mampu menghalang bantahan di seluruh negara.

"Percanggahan pendapat adalah ibarat buah-buahan, apabila ia sudah ranum, tiada apa yang mampu menghalangnya daripada gugur," kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, zamalah di Institut Pulau Pinang.

Kesan hudud Perhimpunan pertama #KitaLawan diadakan pada 7 Mac, iaitu 10 hari sebelum Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) Kelantan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dan memecah belahkan parti Pakatan Rakyat (PR) yang merupakan penggerak utama perhimpunan tersebut. Perbalahan dalaman menjejaskan semangat semua penyokong PR, sama ada PAS, DAP atau PKR, dan ramai yang mula berputus asa terhadap gabungan itu, kata pemimpin DAP Selangor, Charles Santiago.

"Moral sangat rendah. Dengan hudud, PR seolah-olah jatuh dan orang mula berputus asa terhadap PR sebagai pakatan yang berdaya maju," kata Santiago, yang juga ahli Parlimen Klang.

Percanggahan pendapat terhadap undang-undang Kelantan menyebabkan DAP pada 23 Mac mengumumkan berhenti bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berikutan itu, DAP Sabah dan Sarawak mengumumkan mereka memutuskan hubungan dengan PAS di kedua-dua negeri. Sebelum itu, PAS Labuan mengumumkan ia akan menghentikan kerjasama dengan DAP.

Walaupun hubungan kerja rasmi antara PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang tetap utuh, perasaan kecewa meresap pada akar umbi dan yang bersimpati dengan mereka, kata Wong.

Tindakan keras polis Paling penting, Santiago percaya perasaan kecewa di kalangan penyokong menahan mereka daripada mengatasi ketakutan yang diwujudkan selepas polis menangkap aktivis dan pemimpin PR selepas perhimpunan pertama.

"Apabila penyokong melihat anda berpecah, mereka akan berfikir, 'mengapa saya perlu pergi dan dipukul oleh polis' jika orang-orang ini akan berpecah belah?"

Seramai 11 aktivis dan ahli politik ditahan berkaitan perhimpunan 7 Mac, manakala tujuh daripada mereka ditangkap pada 27 Mac, sehari sebelum demonstrasi semalam. Hakikat ramai aktivis turut ditahan di perhimpunan anti-GST di Jabatan Kastam pada 25 Mac juga menyebabkan jumlah menyertai protes semalam berkurangan, kata Wong.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian percaya tindakan keras polis itu sendiri berjaya menakutkan walaupun kepada aktivis tegar.

Perbezaan pendapat belum matang Idea merempuh masuk majlis perkahwinan anak perempuan perdana menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, juga menjadi faktor ramai tidak menyertai perhimpunan, kata Wong.

Ini dilihat ketika jumlah kira-kira 1,000 di kawasan Sogo mula susut apabila penganjur berkata mereka akan bergerak ke arah KLCC.

Hanya kira-kira 400 orang berani menempuh hujan sampai ke Wisma Dredging di Jalan Ampang, di mana mereka dihalang benteng polis.

"Saya rasa ramai berasa tidak sopan pergi dan merosakkan perkahwinan seseorang," kata Santiago. Walaupun perhimpunan semalam cuba membangkitkan kemarahan berhubung GST, Ibrahim percaya ia terlalu awal merasai kesan cukai baharu itu.

"GST hanya akan dimasukkan dalam beberapa bulan akan datang. Jadi, anda boleh melihat lebih banyak kemarahan selepas itu. "

Wong bersetuju dengan mengatakan mood orang ramai yang tidak berpuas hati belum cukup “masak” lagi. "Orang ramai sibuk membeli-belah sebelum 1 April, cemas dengan apa yang bakal muncul.

Apabila mereka merasakan keperitan, protes akan menjadi lebih spontan dan lebih hidup walaupun semua pemimpin utama ditahan. "

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.