Followers

Friday, March 13, 2015

80% pencarum KWSP tahun ini cecah usia 55 dengan simpanan bawah garis kemiskinan OLEH SHERIDAN MAHAVERA

 '80% pencarum KWSP tahun ini cecah usia 55 dengan simpanan bawah garis kemiskinan

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Published: 13 March 2015.

Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.

Hampir 80% daripada pekerja yang akan mencecah umur 55 tahun pada tahun ini tidak akan mempunyai duit simpanan mencukupi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hidup atas garis kemiskinan, menurut perangkaan yang dikeluarkan ketua pegawai eksekutifnya.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar, kiri) berkata, para pekerja ini tidak akan mempunyai jumlah simpanan KWSP mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan RM800 sebulan, yang hampir dengan pendapatan purata bagi garis kemiskinan Malaysia iaitu RM830, untuk 20 tahun akan datang.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh gaji yang rendah apabila mereka mula menyumbang kepada dana dalam tahun 1980-an, dan terus mendapat gaji rendah sehingga umur 55, kata Shahril yang tidak memberikan jumlah sebenar bagi kelompok yang akan bersara ini.

Ini mendedahkan masalah pendapatan yang rendah di kalangan majoriti pekerja Malaysia walaupun Putrajaya berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun.

Menurut Shahril, lebih 75% daripada 14 juta pencarum KWSP berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Kira-kira 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan, manakala mereka yang berpendapatan lebih daripada RM5,000 adalah dalam 10%.

KWSP menetapkan RM196,800 sebagai nilai ambang simpanan yang akan membolehkan pencarum menghabiskan sekurang-kurangnya RM800 sebulan untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Nilai ambang ini disemak semula setiap tiga tahun dengan mengambil kira inflasi.

Hanya kira-kira 20% daripada pencarum yang akan mencecah usia 55 tahun ini dijangka mempunyai RM196,800 dalam jumlah simpanan. Peratusan yang tinggal mungkin lebih kurang sama pada tahun-tahun akan datang, kata Shahril.

"Daripada segi sejarah, kita mempunyai persekitaran gaji yang rendah, maka peratusan yang naik sedikit sahaja.

"Sebab itu kita memberitahu pencarum agar tidak mengeluarkan simpanan mereka sehingga usia 60 tahun, apabila mereka benar-benar bersara.

"Dalam tempoh lima tahun itu, mereka boleh mendapat tambahan 40% melalui faedah kompaun," kata Shahril ketika ditemui selepas ceramah anjuran Persatuan Alumni Chevening di Kuala Lumpur malam tadi.

Angka-angka ini, kata beliau mencerminkan realiti baru kehidupan bekerja di Malaysia, di mana mereka terpaksa bekerja selepas usia 55 bagi memastikan mempunyai simpanan mencukupi sepanjang hayat mereka.

"Ini merupakan trend di negara-negara maju dan kita juga menuju ke arah yang sama. Realitinya anda tidak boleh bersara dan menikmati kehidupan bersara pada usia 55 tahun lagi. "

Umur yang ditetapkan itu adalah pada 1950 dan tidak pernah berubah dengan mengambil kira jangkaan hayat yang lebih panjang, katanya. Hari ini, manusia dijangka hidup sehingga berusia 70-an.

Trend ini diburukkan lagi dengan hakikat Malaysia adalah sebuah negara yang pesat usia tua; pada 2030, 17% daripada penduduk akan berusia di atas 65 tahun, katanya.

Pada 2040, mereka yang berumur 65 tahun akan melebihi bilangan individu lebih muda.

"Oleh itu, kita memerlukan dasar untuk menanganinya, seperti latihan celik kewangan supaya anak-anak muda sedar akan keperluan menyimpan untuk persaraan dan bagaimana mengintegrasikan pekerja lama dalam pasaran.

"Ini merupakan isu-isu ekonomi maju yang perlu diuruskan dan kita sedang mengalami keadaan yang sama," kata Shahril. – 13 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.' Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.

Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.

Hampir 80% daripada pekerja yang akan mencecah umur 55 tahun pada tahun ini tidak akan mempunyai duit simpanan mencukupi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hidup atas garis kemiskinan, menurut perangkaan yang dikeluarkan ketua pegawai eksekutifnya.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar, kiri) berkata, para pekerja ini tidak akan mempunyai jumlah simpanan KWSP mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan RM800 sebulan, yang hampir dengan pendapatan purata bagi garis kemiskinan Malaysia iaitu RM830, untuk 20 tahun akan datang.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh gaji yang rendah apabila mereka mula 
menyumbang kepada dana dalam tahun 1980-an, dan terus mendapat gaji rendah sehingga umur 55, kata Shahril yang tidak memberikan jumlah sebenar bagi kelompok yang akan bersara ini.

Ini mendedahkan masalah pendapatan yang rendah di kalangan majoriti pekerja Malaysia walaupun Putrajaya berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun.

Menurut Shahril, lebih 75% daripada 14 juta pencarum KWSP berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Kira-kira 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan, manakala mereka yang berpendapatan lebih daripada RM5,000 adalah dalam 10%.

KWSP menetapkan RM196,800 sebagai nilai ambang simpanan yang akan membolehkan pencarum menghabiskan sekurang-kurangnya RM800 sebulan untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Nilai ambang ini disemak semula setiap tiga tahun dengan mengambil kira inflasi.

Hanya kira-kira 20% daripada pencarum yang akan mencecah usia 55 tahun ini dijangka mempunyai RM196,800 dalam jumlah simpanan. Peratusan yang tinggal mungkin lebih kurang sama pada tahun-tahun akan datang, kata Shahril.

"Daripada segi sejarah, kita mempunyai persekitaran gaji yang rendah, maka peratusan yang naik sedikit sahaja.

"Sebab itu kita memberitahu pencarum agar tidak mengeluarkan simpanan mereka sehingga usia 60 tahun, apabila mereka benar-benar bersara.

"Dalam tempoh lima tahun itu, mereka boleh mendapat tambahan 40% melalui faedah kompaun," kata Shahril ketika ditemui selepas ceramah anjuran Persatuan Alumni Chevening di Kuala Lumpur malam tadi.

Angka-angka ini, kata beliau mencerminkan realiti baru kehidupan bekerja di Malaysia, di mana mereka terpaksa bekerja selepas usia 55 bagi memastikan mempunyai simpanan mencukupi sepanjang hayat mereka.

"Ini merupakan trend di negara-negara maju dan kita juga menuju ke arah yang sama. Realitinya anda tidak boleh bersara dan menikmati kehidupan bersara pada usia 55 tahun lagi. "

Umur yang ditetapkan itu adalah pada 1950 dan tidak pernah berubah dengan mengambil kira jangkaan hayat yang lebih panjang, katanya. Hari ini, manusia dijangka hidup sehingga berusia 70-an.

Trend ini diburukkan lagi dengan hakikat Malaysia adalah sebuah negara yang pesat usia tua; pada 2030, 17% daripada penduduk akan berusia di atas 65 tahun, katanya.

Pada 2040, mereka yang berumur 65 tahun akan melebihi bilangan individu lebih muda.

"Oleh itu, kita memerlukan dasar untuk menanganinya, seperti latihan celik kewangan supaya anak-anak muda sedar akan keperluan menyimpan untuk persaraan dan bagaimana mengintegrasikan pekerja lama dalam pasaran.

"Ini merupakan isu-isu ekonomi maju yang perlu diuruskan dan kita sedang mengalami keadaan yang sama," kata Shahril. – 13 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.