SEBELUM ini, selebriti yang sering kali mencetuskan kontroversi, Azwan Ali membuat pendedahan menerusi program Melodi bahawa dirinya disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan pangkal nama bermula dengan huruf J.
Memberikan klu artis itu pernah memuatnaik sekeping gambar bermain buih,
ramai pihak terus tertancap dakwaan itu ditujukan kepada Jaafar Onn.
Tanpa menyebut nama Azwan Ali dalam temubual dengan sebuah portal
berita, Jaafar Onn, 64, menyampaikan pesan kepada individu yang
menuduhnya itu supaya insaf dan bertaubat dengan perbuatannya kerana ia
hanya mencerminkan kelemahan diri sendiri.
“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu.
“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada
apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian
rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” kata Jaafar
sekaligus menafikan dakwaan ada menyihir sesiapa.
Hai, macam-macam hal. Kita harapkan mereka berdua ini akan berbaik, maklumlah usia masing-masing pun bukan sikit dah angkanya.
Daripada saling tuduh menuduh begini lebih baik duduk bersemuka berbincang bukan?
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/02/dituduh-hantar-sihir-jaafar-onn-minta.html#ixzz3SF3YJVOu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.