Followers

Monday, February 16, 2015

UMNO JANGAN SYOK SANGAT

SHAH ALAM- Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hambar.

Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu.

"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari.

"Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka.

"Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN.

"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.

Semalam satu perhimpunan menyokong Anwar oleh kumpulan yang menamakan diri #KITALAWAN di hadapan kompleks beli belah Sogo, dilihat kurang mendapat sambutan.

Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi membebaskannya daripada hukuman penjara.

SH

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz3RrBzvjM1

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.