Followers

Friday, February 20, 2015

TERKINI - Sirul Akan Bersemuka Dengan Media Malaysia

 

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dijangka akan mengadakan satu sidang video kepada media di Malaysia yang dijadualkan pada Isnin.

Sidang video selama 15 minit itu, menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar akan dianjurkan oleh PAS, memetik laporan The Malaysian Insider.

Malah kata Mahfuz, ibu kepada Sirul Azhar juga dikatakan akan meninggalkan negara untuk ke Australia dengan persediaan visa sudah dibuat untuk melawat anaknya yang kini ditahan oleh imigresen negara itu.

Selain sidang video itu Mahfuz dilaporkan berkata, media Malaysia juga dibenarkan untuk melawat Sirul di pusat tanahan itu.

“Dia akan memberikan sepenuh komitmen, dia hanya menunggu masa yang sesuai. Dia akan beritahu saya untuk saya umumkan kepada media.

“Ia juga untuk berlaku adil kepada semua media dan semua media boleh bersemuka dengannya,” katanya memetik laporan portal berita itu.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil di Pengkalan Chepa, satu mesyuarat akan diadakan bagi memilih calon yang sesuai.

“Setakat ini saya tidak mendapat sebarang makluman berhubung perkara itu. Pertama sekali, PAS Pengkalan Chepa perlu cadangkan beberapa nama kepada PAS Kelantan untuk dipertimbangkan dan hanya parti sahaja akan membuat keputusan,” katanya memetik laporan The Star.

Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abdul Nih Abdul Aziz yang merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi bapanya itu.

Mahfuz juga turut menafikan laporan bahawa parti itu sedang merancang untuk meletakkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding di pilihan raya kecil Permatang Pauh.

“Saya boleh jamin bahawa PAS tidak akan bertanding di Permatang Pauh, namun kita akan memperhebatkan bantuan kepada PKR dari segi jentera pilihan raya,” katanya memetik laporan The Star Online.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.