Di mahkamah, perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya apabila beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah paling tinggi di negara ini.
Dalam politik, adakah ini juga bermaksud jalan mati untuk Pakatan Rakyat yang dipimpinnya selama ini?
Anwar, 67, nampaknya akan terketepi daripada arena politik hampir satu dekad.
Ini kerana, selepas merengkok lima tahun dalam penjara, beliau akan berdepan lagi sekatan daripada aktif berpolitik untuk tempoh sama.
Dengan umur 77 tahun apabila selesai menjalani hukuman penjara (75 jika berkelakuan baik), sudah pasti sukar sekali untuk beliau membuat penampilan kembali di arena politik.
Walaupun beliau pernah melakukannya pada 2008, keadaan selepas ini berbeza sama sekali.
Anwar sebelum ini menegaskan akan berjuang “tidak kira sama ada di luar atau di dalam penjara”.
Hudud, p'raya PBT
Bagaimanapun, dalam Pakatan, peranan Anwar bukan sahaja berjuang di barisan depan, tetapi juga menjadi pengikat untuk menggandingkan DAP dan PAS, selain memberi inspirasi kepada pemimpin muda PKR.
Dengan Anwar di balik tirai besi, Pakatan pasti berdepan ujian getirnya, lebih-lebih lagi ketika ketegangan hubungan PAS-DAP ekoran perselisihan dalam isu hudud dan pilihan raya tempatan.
Azizah mungkin tiada pilihan selain melangkah ke lompong yang ditinggalkan suaminya seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Tetapi dapatkah beliau memimpin gabungan tiga parti itu dengan baik?
Malah, pencalonnya sebagai pengganti menteri besar Selangor sebelum ini juga gagal mendapat kata sepakat dalam Pakatan.
Sementara dalam PKR sendiri muncul pemimpin muda seperti Timbalan Presiden Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang amat menyinar.
Jalan Azizah, atau lebih mesra dengan panggilan sebagai Kak Wan, mungkin berliku jika pihak-pihak itu turut mengintai kerusi nombor satu dalam PKR.
Bagaimanapun, seperti juga Pakatan dan PKR, badan kehakiman juga dilihat berdepan masalah tanggapan negatif, termasuk di peringkat antarabangsa, dengan keputusan hari ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.