TAJ International College (TIC) telah bersama-sama Suria FM dalam satu program “Cabaran Grandstan Suria” di mana TIC memberikan panduan dan teknik pemanduan rally dan cara menjadi crew kepada pendengar bertuah Suria FM.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutf TIC Selangor selaku Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy “TIC mempunyai satu pasukan TIC Motorsports Team dan memfokuskan kepada aktiviti sukan pemotoran dan pada hari ini pihak kami bersyukur kerana dapat bersama-sama Suria FM untuk memberikan pendedahan tentang dunia rally”.
Bersama sama beliau iailah Penolong Jurulatih yang juga merupakan staff TIC iaitu En Faidzal Alang yang merupakan pemandu ralli dan telah menjuarai berberapa kejohanan ralli tempatan.
Naim, Halim, Adibah dan Linda diberi tunjuk ajar oleh Azad dan Faidzal di dalam kenderaan ralli sebenar dengan cara dan teknik pemanduan di litar ralli yang di taja oleh Sepang Circuit.
Mereka diberikan peluang menaiki kenderaan dengan dipantau oleh Azad dan Faidzal. Pada akhir sesi mereka menunjukkan satu peningkatan pemanduan yang amat baik dan kami dapat lihat bagaimana seronoknya mereka.
Naim dan Adibah mencatat masa terpantas pada 3 pusingan Rally Special Stage mengatasi masa Halim dan Linda.
Walau bagaimanapun krew Halim dan Linda mencatat masa terpantas di dalam pertandingan berasingan iaitu kecekapan dan kepantasan menukar tayar.
Pasukan krew Halim dan Linda diberikan voucher RM450 seorang untuk mengikuti kelas Advanced Driving daripada TAJ International College.
Makanan pada krew dan pemandu telah ditaja oleh Mangkuktingkat.com dan “MVM Lazat” dengan pelbagai juadah yang lazat dan sedap untuk semua hadirin.
Menurut Azad, TIC Motorsports Team akan cuba beraksi bersama-sama barisan pelumba ini untuk pelbagai acara trek dan rally pada tahun 2015 dan beliau amat berterima kasih kepada pelbagai penaja yang menaja pasukan beliau pada kali ini.
TAJ International College (TIC) ialah sebuah IPTS yang menawarkan pelbagai program SKM, Diploma dan Ijazah dan masters kepada pelajar.
Bagi pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan ilmu automotif serta pendedahan kepada industri automotif dan motorsports, bolehlah dapatkan maklumat di www.tic.edu.my
Atau boleh hubungi dengan email kepada: azad@taj.edu.my atau faidzal@taj.edu.my
TIC bakal membuat kemasukan pada bulan Februari 2015 ini dan sama-samalah belajar di TIC bagi pelbagai kursus jangka panjang dan jangka pendek.
Di Advanced & Performance Driving Academy, seperti mana Naim , Halim, Adibah dan Linda ikuti, TIC akan menggilap dan mengasah bakat pelajar di dalam sektor automotif dan sukan bermotor.
TIC mengalu alukan para pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia dan SPM untuk melanjutkan pelajaran
Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :-
Azad Jasmi,
Ketua Pegawai Eksekutif,
TIC Selangor
azad@taj.edu.my
0133016666
Get your own Poll!
Rabu, 4 Februari 2015 TAHNIAH PR KEMAMAN - ADUN PAS TURUT BERSAMA ANWAR
MALAM TADI MALAM tadi Selasa (03/2/15) Program Ceramah Perdana "Rakyat
Hakim Negara" telah diadakan di Perkarangan Pejabat PKR, Kemaman yang
mana pemidato utamanya adalah Sdr Anwar Ibrahim. Aku ingin sekali
melihat situasi dan sambutan program tersebut apatah lagi diadakan di
Negeri Terengganu dan di kawasan kubu kuat Umno di Terengganu. Sebelum
bertolak ke sana, aku bertanyakan YB Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR
yang juga Ketua Cabang Kemaman samada program jadi atau tidak diadakan.
Beliau berkata, program tetap berjalan tetapi beliau amat bimbang kerana
hujan lebat yang tidak berhenti sejak jam 3.00 petang akan menjejaskan
kehadiran orang ramai. Sewaktu aku menghubungi Rafizi sekitar jam 08.00
malam dan hujan masih lagi turun di Kemaman, katanya. Oleh kerana sudah
berjanji dengan rakan, aku bertolak juga ke Kemaman walaupun dari
Kuantan ke Kemaman sememangnya hujan agak lebat. Sampai di lokasi
ceramah, hujan terus turun dan kebanyakan yang datang sedikit demi
sedikit semuanya berpayung. Ada juga yang duduk berteduh di kaki lima
bangunan kedai berhampiran dan juga di hentian bas berdekatan. Hanya
satu khemah yang disediakan, sudah tentu tidak dapat menampung yang
hadir. Alhamdulillah, di dalam keadaan iklim cuaca yang sedemikian dan
iklim politik terutamanya di Terengganu yang kita semua tahu, jumlah
kehadiran malam tadi di dalam keadaan cuaca hujan tidak berhenti
tidaklah mengecewakan. Rafizi perlu bersyukur kerana orang ramai tetap
hadir di dalam keadaan cuaca seperti itu. Anwar pun di dalam ucapannya
menyatakan beliau merasa bangga kerana kekuatan semangat rakyat sekitar
Kemaman yang sanggup meredah hujan. Aku yang hadir malam tadi
menganggarkan sekitar seribu yang datang termasuk yang berada di
kaki-kaki lima dan berteduh di hentian bas. Ada yang menjangkakan tiada
ahli-ahli PAS yang datang. Jangkaan ternyata meleset, bukan saja ahli
PAS malah Adun PAS juga turut hadir malam tadi. Tahniah PR Kemaman.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and
WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.