Followers

Sunday, February 1, 2015

'Spekulasi RM', Utusan tuntut penjelasan Tong

 
 
Utusan Malaysia menuntut penganalisis kewangan dan pemilik media Tong Kooi Ong menjawab dakwaan bahawa beliau terlibat dengan spekulasi ringgit.

“Memandangkan isu ini besar kerana melibatkan kedaulatan dan ekonomi negara, membabitkan tuduhan yang serius mempunyai nilai kepentingan awam yang tinggi serta menjadi antara bahan paling viral minggu ini, Tong tidak boleh lagi 'bersembunyi'.

“Untuk berlaku adil kepada Tong, beliau wajar tampil untuk menjawab segala tuduhan. Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi didapati tidak bersalah,” tulis Awang Selamat dalam kolumnya.

Awang Selamat berkata, berdasarkan banyak reaksi penganalisis, ia dikhuatiri menjatuhkan nilai ringgit sebagaimana krisis kewangan pada 1990-an, malah dilihat sebagai “sabotaj”. 


Malaysiakini 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.