Dalam Wag the Dog yang dibintangi oleh Dustin Hoffman and Robert De Niro, seorang pakar putar belit dan penerbit Hollywood bekerjasama mencipta perang olok-olok untuk menutup skandal seks presiden sebelum pilihan raya.
Produser itu, yang kemudian mahukan penghargaan atas kerja-kerjanya itu dibunuh pagi memastikan mulutnya terus terkunci rapat.
Alasan rasmi untuk kematian itu – serangan jantung. Memang terdapat orang yang mengalami masalah sebegitu, yang disebut pepatah Melayu sebagai rumah siap pahat berbunyi.
Selepas menyelesaikan tugas, golongan seperti ini tidak dapat keluar daripada perhatian ramai, hidup di luar perhatian.
Perasaan mereka meluap-luap untuk terus diperhatikan. Kelihatannya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghadapi masalah itu, selepas berjaya memastikan kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.
Seorang peguam terkemuka berkata, “Kes Anwar ini seperti seorang bayi, dia tidak boleh berhenti bercakap tentang perkara itu. Mungkin ini simptom penarikan.” Bagaimanapun, telatah Shafee membuatkan banyak pihak tidak senang.
Pengamal undang-undang lain turut terkejut. Wawancaranya dengan media memberikan gambaran negatif sehingga mengundang luahan pendapat bekas Peguam Negara Abu Talib Othman.
Shafee mewujudkan tanggapan bahawa benar-benar terdapat rancangan politik untuk menyumbat Anwar ke penjara.
Dalam forum malam tadi, Shafee membuatkan orang ramai berasa malu mendengar kisah-kisah sensasi perhubungan Anwar dan pengadu kes Liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menceritakan tentang keterangan dalam mahkamah tertutup, peguam Umno itu tidak membenarkan langsung ruang untuk imaginasi.
Semuanya diceritakan kembali dengan terus-terang. Dalam kes liwat pertamanya, konspirasi atau tidak, hakikatnya Anwar, banyak mengecewakan lawan. Beliau sekali gus memastikan kelangsungan masa depan politiknya.
Kini beliau kembali merengkok di penjara Sungai Buloh, musuhnya berharap beliau akan dilupakan – jauh dari mata, jauh dari ingatan.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.