Followers

Friday, February 27, 2015

Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.


"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.

Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.

"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.

Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.

Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pihak paling teruk diserang ialah pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dibentuk untuk melobi agar PAS kekal dengan Pakatan Rakyat. -TMI

Ulama fitnah dan bersifat munafik bersama penyokong mereka yang elok dilancaukan itu ibarat yahudi pakai serban... wakakaka

yahudi mabuk minum todi pun tak malukan islam macam ulama fitnah
penyokong pro ulama munafik bermulut longkang MBSA elok diam daripada bercakap.

kalau nak mencarut juga elo jadi macma gua. Tak pakai serban. Tak pakai kopiah putih. Tak pakai jubah.



Gua pun nak mencarut la ini macam. 
Ostad pun mencarut......


Cibai, kan ni na, ham ka chan, 
inge amma pundek, pundek walekek
sutik adi

wakaka

lagi mau ka?????

Tolong ajar gua mencarut dalam bahasa arab 
sapa boleh????



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.