Sama ada Anwar Ibrahim bebas atau tidak pada 10 Februari 2015, keputusan penghakiman kes liwatnya, itu sudah tidak penting lagi bagi Malaysia.
Adapun, kadang kala seperti tiada. Tidak banyak menguntungkan Islam. Apa yang lebih penting, agenda masa depan agama, bangsa dan negara mesti diperkasakan.
Heboh diperkatakan, siapakah yang akan menerajui Pakatan Rakyat? Jawapan saya, paling penting, sesiapapun, mereka tidak boleh tunduk kepada ultra kiasu yang semakin hari semakin agresif dan celupar mulutnya. Islam dicerca, Perlembagaan dihina.

Lihat sahaja isu banjir. Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mengatakan rakyat Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir. Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Islam Kelantan diterajui PAS, tetapi kepada raja yang berdaulat.
Jika bandar raya Pulau Pinang diuji sedemikian rupa, kita nak tengok sejauh mana ultra kiasu ini pandai mengurus negerinya ketika banjir. Saya bukanlah mendoakan.
Menurut PAS, Kelantan dihina oleh ultra kiasu dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan lawatan sehari ke Kelantan selepas banjir sudah surut. Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan apabila semua perhubungan terputus walaupun dibantu kerajaan pusat.
Selama lebih 20 tahun PAS mentadbir Kelantan, tanpa bantuan ultra kiasu, apakah PAS begitu hina untuk menerima bantuan mereka kali ini? Saya cadangkan, jika masih perlukan bantuan tambahan, bisiklah pada perdana menteri (PM), saya yakin PM akan beri.
Selepas penghinaan dibuat, tidak semena-mena mereka datang ke Kelantan untuk membantu, bagi mengaburi hati rakyat, menunjukkan mereka itu baik. Pandai sungguh berlakon dan mengaburi mata orang.
Bila ada bencana, mereka pergi dan cepat-cepat ambil gambar. Tunjukkan dalam laman sosial, mereka buat kerja, begitu prihatin. Walhal, datang tunjuk muka sahaja. Misalnya, aksi memberus baju, lantai dan sebagainya.
Sama juga lakonan klip video 5 minit bertajuk “1 goat year, 1 great family”, lakonan ultra kiasu dan PAS Shah Alam. Bukan main rapat lagi duduknya dengan “gadis-gadis comel” di situ. Nasib baik ada sebiji bantal yang memisah.
Jika tidak sudah macam orang bersanding pulak. Sejak bila orang PAS ini pandai berlakon dan bersosial? Jika marahkan sangat pada kerajaan hari ini, tidak payah sehingga menggadaikan prinsip.
Ultra kiasu bernasib baik kerana mewarisi negeri yang maju dan banyak duit seperti Pulau Pinang dan Selangor. Jadi, tidaklah sesuatu yang luar biasa jika kita berjaya mentadbirkannya. Pemimpin terdahulu, berjaya meletakkan tanda arasnya.
Jika Pulau Pinang, dahulunya sebelum menang pilihan raya, keadaannya masih hutan belukar, kemudian dimajukan, barulah ultra kiasu nampak hebat. Keadaan tidak berlaku sebegitu. Ultra kiasu masih tidak insaf, kokoknya berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Hanya yang celik sahaja dapat membezakan.
Sebab itu, mereka mahu sangat pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan, terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sudahlah kawasan Parlimen semua mereka sapu. Hari ini majlis bandaraya pun mereka mahu tawan. Nak cari signage bahasa Melayu pun susah.
Sebelum terlambat, eloklah datuk bandar Kuala Lumpur fikirkan, menggantungkan kalimah Allah dan tulisan jawi di merata tempat di Kuala Lumpur, agar terpancar sedikit identitinya. Apa nak ditakutkan, bukankah puak-puak ultra kiasu mahu gunakan kalimah Allah, tentu mereka setuju.
Ingatan saya kepada PAS, jadikanlah banjir ini sebagai titik tolak perpaduan umat Islam, tolaklah musuh yang sebenar, hulurkan tali silaturahim kepada sebangsa dan seagama.
Datuk Kazim Elias dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menjadi sasaran serangan ultra kiasu disebabkan oleh kenyataan mereka. Saya tidak nampak ada salahnya dari segi fakta akademik, walaupun mungkin ada sedikit berbau perkauman.
Berbanding dengan tuduhan khutbah Jakim ekstrem, pelukis yang menterbalikkan gambar Agong serta simbol negara, penternak ikan keli babi, kes belacan dan bihun kotor, tofu babi dan lain-lain. Sengaja atau tidak dilakukan?
Peliknya, ultra kiasu dan sekutunya MCA dan Gerakan tidak pula lantang mengkritik perlakuan hina ini seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri. Begitu juga segelintir pemimpin Sabah dan Sarawak yang menuduh saya rasis dan ekstremis. Mari kita berdebat secara anak jantan untuk leraikan kekeliruan. Baru ada telor.
Apabila ultra kiasu bercakap atau bersuara, semua akan berkata, itu hak asasi manusia atau kebebasan bersuara. Bila kita atau sesiapa sahaja bercakap atau menulis atas nama hak dan fakta, seperti yang berlaku pada kami semua, maka akan dituduh rasis. Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul. Meloyakan.
– sinarharian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.