Followers

Sunday, February 15, 2015

RAHSIA YANG DIBONGKAR YB NURUL IZZAH ANWAR !

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN selepas pembangkang meraih sokongan 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum 2013, dakwa anaknya Nurul Izzah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan kedudukan itu dengan syarat ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata Izzah, Anwar menolak tawaran itu bulat-bulat kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan “tidak boleh dibeli atau dijual”.



Anwar pernah menjadi TPM semasa berada dalam BN, sebelum dipecat daripada jawatan itu oleh Tun Mahathir Mohamad, sebelum menghadapi pertuduhan rasuah dan liwat buat kali pertama. 

Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan anggota parlimen Lembah Pantai membuat dakwaan itu dalam ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi. Kira-kira 1,000 orang hadir dalam ceramah itu.

 

Mountdweller

KOMEN:  Diharap puak2 UG/KERAJAAN PERPADUAN ambil iktibar dengan peristiwa ini -  UMNO hanya mempelawa apabila mereka rasa tersepit dan takut hilang kuasa....  ZAR ALI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.