Followers

Wednesday, February 25, 2015

Program jelajah bebaskan Anwar ke seluruh negara Oleh Syed Ibrahim Syed Noh


Program jelajah bebaskan Anwar ke seluruh negaraHari ini merupakan hari ke-15 Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sebagai tahanan politik. Selama 15 hari dan hari-hari berikutnya obor perjuangan membebaskan Anwar dan rakyat daripada belenggu kezaliman dan kebobrokan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus disemarakkan.

PKR terus komited dan tekad dalam meneruskan perjuangan demi rakyat dengan mengumumkan pada hari ini siri program Jelajah #BebasAnwar ke seluruh negara iaitu di sekurang-kurangnya 60 buah lokasi.

Gelombang pertama jelajah akan berlangsung dari 1 Mac 2015 hingga 6 Mac 2015 dan diikuti dengan kemuncak perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015. Tema yang akan digunakan sepanjang jelajah ialah #BebasAnwar, #March2Freedom dan #KitaLawan.

Objektif jelajah ialah untuk memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan tentang isu-isu semasa selain sudah tentunya menyentuh kes fitnah II pemenjaraan Anwar serta lain-lain kepincangan kerajaan Umno-BN akibat tata kelola lemah, salah guna kuasa dan undang-undang serta kepimpinan yang hilang punca.

Rakyat boleh menyaksikan sendiri ketidakadilan dalam kes Anwar, pendakwaan terpilih khususnya siasatan di bawah akta hasutan, sentimen perkauman sempit, skandal 1MDB, rasuah, perbelanjaan boros dan tiris.

Ia bukan sahaja menindas ahli politik, ahli profesional, golongan sarjana, peguam, kartunis, mahasiswa dan aktivis untuk bebas mengislah suasana tetapi juga menjatuhkan maruah institusi yang dihormati seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), institut pengajian tinggi dan institusi kehakiman ke tahap paling rendah. Lebih malang lagi, kehidupan rakyat terhimpit dan imej negara tercemar apabila dunia menyaksikan satu demi satu kebobrokan yang terjadi.


Rakyat sendiri sedari isu besar di hadapan bukan semata-mata berkenaan peribadi Anwar tetapi perjuangan kental dan beraninya menegakkan keadilan, kebenaran dan kebebasan untuk rakyat ke arah politik berprinsip dan demokrasi lebih matang. Rakyat sendiri boleh bertanggungjawab membetulkan suasana jika maklumat diperoleh dan difahami.

Atas sebab itu, PKR mengajak orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir beramai-ramai siri jelajah #BebasAnwar di tempat anda masing-masing di seluruh negara. Perhatikan iklan promosi jelajah dan sertai!

Kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat di setiap peringkat akan berganding bahu bagi menjayakan siri jelajah ini untuk memberikan penerangan yang benar dan seluasnya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan Anwar tidak wajar disia-siakan, sebagaimana yang diucapkan ketika di mahkamah yang lalu:

”Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini. Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.”

Mari bersama #BebasAnwar, #March2Freedom dan #KitaLawan. Lawan tetap lawan! Reformasi! – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=250602:program-jelajah-bebaskan-anwar-ke-seluruh-negara&Itemid=2#ixzz3SiNNxBcD
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.