Followers

Thursday, February 19, 2015

Presiden Barack Obama sebagai suspek kes rogol...??



 Sebuah stesen televisyen di San Diego secara tidak sengaja menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS), Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.


Kejadian itu berlaku sewaktu personaliti televisyen, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita berkaitan seorang suspek rogol yang didapati tidak bersalah.

Gambar Obama telah disiarkan selama lima saat bersama teks ‘NO CHARGES’ (tidak bersalah) dan pada masa yang sama, Bade melaporkan Pendakwa Daerah San Diego, Bonnie Dumanis menarik balik dakwaan terhadap suspek.

Tindakan itu telah mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Obama yang beranggapan bahawa stesen televisyen tersebut sengaja melakukan perkara berkenaan.

“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama.

Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.

“Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya. – Agensi


p a a pa a a d a

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.