Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendesak siasatan dijalankan terhadap 1MDB selepas wang RM3 bilion dari Pulau Cayman disahkan tidak dibawa pulang. –
Bank Negara Malaysia (BNM) perlu menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Arulkanda Kandasamy mengesahkan wang berjumlah RM3 bilion dari Pulau Cayman tidak dibawa pulang, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu berkata, ini bertentangan dengan kenyataan awal 1MDB yang mengesahkan wang tersebut sudah dibawa balik selepas 1MDB dikecam kerana terlibat dalam urus niaga yang tidak telus di Pulau Cayman.
CEO 1MDB Arulkanda Kandasamy sebelum ini mengesahkan wang tersebut sudah dikembalikan dari Pulau Cayman. – Gambar fail, 7 Februari, 2015.CEO 1MDB Arulkanda Kandasamy sebelum ini mengesahkan wang tersebut sudah dikembalikan dari Pulau Cayman. – Gambar fail, 7 Februari, 2015."Saya mendesak supaya satu siasatan segera dibuat oleh BNM berikutan pengesahan bahawa dana dari Pulau Cayman tidak kembali ke Malaysia.
"Kenyataan CEO 1MDB hari ini bukan sahaja menunjukkan pelaburannya bermasalah, lebih teruk ia memberi gambaran pengurusan 1MDB tidak telus dan menyembunyikan perkara daripada rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi laporan Singapore Business Times hari ini, Arul mengesahkan US$1.103 bilion tidak akan dibawa pulang ke Malaysia kerana akan digunakan untuk membayar faedah hutang dalam dolar Amerika.
1MDB dalam satu kenyataan bulan lalu mengesahkan dana US$2.318 bilion yang dilaburkan di Pulau Cayman sudah diterima semula sepenuhnya.
Arul berkata, jumlah itu merupakan bayaran semula daripada pinjaman yang diberikan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota Murahaba, selepas penamatan perjanjian awal untuk mengadakan satu usaha sama dengan syarikat itu.
"Nota itu, yang dibayar balik sepenuhnya berserta faedah, kemudiannya dilaburkan di sebuah dana di bawah kawal selia Pihak Berkuasa Cayman," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu berkata walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berjumpa memberi penjelasan mengenai 1MDB, namun beliau masih tidak berpuas hati.
Dr Mahathir sebaliknya mendesak Putrajaya mendedahkan di mana wang 1MDB disimpan jika telus mengenai kontroversi syarikat pelaburan tersebut.
"Penjelasan tidak jelas kepada kita semua. Saya mahu tahu di mana bank yang menyimpannya.
"Berbilion dolar, kamu mesti simpan di satu tempat. Saya tidak tahu di mana wang tersebut," kata Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama portal Sarawak Report. – 7 Februari, 2015.
://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.