Followers

Thursday, February 26, 2015

PKR cuba sekat suntikan RM3 bilion pada 1MDB


PKR merancang menyekat suntikan dana baru RM3 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga pengendalinya bertanggungjawab atas masalah hutang syarikat pelaburan nasional itu.

Naib presidennya Rafizi Ramli bercadang mengusulkan langkah sedemikian dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan untuk memaksa semua yang terlibat meletakkan jawatan.

"Pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan keputusan 1MDB wajarlah meletakkan jawatan sebelum kerajaan bersetuju untuk menyuntik RM3 bilion tambahan," kata ahli parlimen Pandan hari ini.

"Saya akan memfailkan usul dalam sidang Parlimen akan datang supaya tidak ada sebarang suntikan dana baru ke dalam 1MDB sehinggalah ada pertanggungjawaban atas kegagalan 1MDB."



Dalam kenyataannya, Rafizi menggesa mereka ini berundur daripada syarikat itu, milik penuh Kementerian Kewangan:

- Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mengosongkan jawatan menteri kewangan,

- Semua ahli lembaga pengarah 1MDB

Rafizi juga mencadangkan agar pengarah 1MDB, yang meletakkan jawatan, tidak dilantik semula di lembaga pengarah anak syarikat 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.