Followers

Sunday, February 22, 2015

Persoalannya, kenapa komando-komando UTK membantu Razak Baginda?

 


KOMEN: Tidak kira sama ada pembunuhan seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shariibuu oleh dua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia dijalankan di bawah perintah atau tidak, penglibatan mereka dalam membantu menyelesaikan kemelut dalaman penganalisa politik Razak Baginda ialah perkara yang perlu disiasat dengan lebih mendalam.

Akan timbul persoalan kepada KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar walaupun tidak diikat atau diturut sertakan di dalam dakwaan yang dikeluarkan oleh Sirul, bagaimanakah seorang polis elit boleh menerima arahan selain daripada ketua iaitu KPN. 


Ini menunjukkan bahawa ada campur tangan luar.

Sirul mungkin telah dipengaruhi berkenaan dengan perkara yang dilakukannya di Australia wahai KPN, tapi bagaimana gayanya lebih menyerupai seorang kontraktor peribadi berbanding seorang pegawai polis elit? 


Mungkin lebih baik tuan jaga “rumah” sendiri berbanding menyuarakan pendapat peribadi di Twitter.

Lebih menyedihkan, kita masih boleh mempertikaikan dan mempersoalkan KPN jika anak buahnya dipergunakan sewenang-wenangnya oleh orang kenamaan sebagai penyelesai masalah mereka, atau lebih teruk lagi sebagai pembunuh upahan.





Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.