Followers

Sunday, February 1, 2015

Pelancong diusir ambil gambar bogel di kuil

 
 
Tiga pelancong Perancis ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal kerana mengambil gambar bogel satu sama lain di kuil dekat tapak bersejarah ratusan tahun Angkor Wat, di Kemboja.

Tiga lelaki awal 20-an itu ditangkap polis Kemboja Khamis lalu, didenda AS$750 (RM2,725) setiap seorang, diusir dari Kemboja dan diharamkan memasuki negara itu selama empat tahun, lapor AFP.

Tiga lelaki itu mendakwa ambil gambar untuk kenangan tetapi pihak pendakwaan negara itu  Koeut Sovannareth percaya ia untuk kegunaan penerbitan, seperti kalendar.

“Mereka mengaku buat salah dan minta rakyat Kemboja maafkan mereka atas tindakan itu,” Sovannareth dipetik sebagai berkata. 
 
 
Malaysiakini 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.