Followers

Wednesday, February 18, 2015

Pejabat Perdana Menteri didakwa bayar jutaan ringgit kepada bekas pengarah APCO

Pejabat Perdana Menteri (PMO) kini berdiam diri ke atas dakwaan bahawa ia membayar "jutaan" ringgit kepada kontraktor swasta untuk menguruskan perhubungan awamnya.

PMO juga tidak menjawab dakwaan bahawa kontraktor, Paul Stadlen, sebelum ini bertugas dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Kerajaan membayar RM76.8 juta kepada Apco untuk menggilap imej Malaysia untuk tempoh antara 15 Julai 2009 hingga 4 Jun 2010.

Kontrak itu juga dilaporkan disambung semula pada 2010 walau menerima kritikan meluas.

Stadlen dan Pasukan Komunikasi Kebangsaan PMO tidak mengulas mengenai emel, panggilan telefon dan juga kiriman teks daripada Malaysiakini berhubung dakwaan itu.

Laman Sarawak Report sebelum ini mendakwa, firma Stadlen diupah oleh PMO dengan bayaran sekurang-kurangnya RM3 juta setahun dan khidmatnya turut digunakan untuk projek berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang bernilai RM1.5 juta.

Menurut laporan itu, Stadlen bertanggungjawab ke atas kenyataan tangkas PMO berhubung sabitan kes Liwat II pada 10 Februrari.

Stadlen juga dilaporkan bertanggungjawab ke atas kenyataan pada New York Times bahawa keluarga perdana menteri biasa hidup mewah, dan mewarisi kekayaan itu daripada keluarga.

Malaysiakini telahpun meminta PMO dan Stadlen mengesahkan dakwaan ini, dan menjelaskan peranan Stadlen dalam pasukan komunikasi itu.

Laporan The Wall Street Journal menyebut, Stadlen menganggotai pasukan komunikasi tersebut sejak 2013.

Stadlen menandatangani perjanjian dengan Malaysia pada 2009 bagi pihak Apco dan Mind Team Sdn Bhd. Beliau pada waktu itu merupakan pengarah urusan Apco Malaysia lapor Malaysiakini


ANAK SUNGAI DERHAKA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.