Followers

Thursday, February 5, 2015

PAS: Penyokong Ismail seperti 'mabuk todi'


 

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan 92 ketua Umno bahagian di seluruh negara yang menyokong gesaan Datuk Seri Ismail Sabri supaya memboikot perniagaan kaum Cina.

Mahfuz mengumpamakan tindakan pemimpin Umno bahagian itu sebagai "membuta tuli bagai orang mabuk meminum todi".

Anggota parlimen Pokok Sena itu juga berkata pihak tersebut sepatutnya mendesak kerajaan supaya menurunkan harga barang bawah kawalannya terlebih dahulu.

"Sepatutnya mereka berhimpun di depan pejabat perdana menteri sebab kerajaan yang bertanggungjawab kena turunkan harga kawalan, bukan peniaga.

"Sehingga hari ini kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang bawah kawalan mereka.

Pentingnya para pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta.

"Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk meminum todi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. 
MABUK TODI

Mahfuz turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membela tindakan menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Ini kerana, kata Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, kenyataan Ismail di Facebook itu jelas menggesa supaya memboikot perniagaan kaum Cina.

"Perdana menteri juga memilih jalan yang sama untuk membela menteri kabinet tersebut.

"Sekiranya kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang, pasti pihak berkuasa sepantas kilat ingin mengheret ke mahkamah atas dakwaan Akta Hasutan," katanya.

Ismail sebelum ini menggesa agar orang ramai memboikot perniagaan orang Cina sekiranya mahu menurunkan harga barang.

Bagaimanapun, Ismail berkata, gesaannya itu merupakan saranan supaya pengguna dapat menggunakan kuasa mereka mendesak harga barangan diturunkan. 


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.