Followers

Wednesday, February 25, 2015

Najib boleh nasihat Agong untuk ampunkan Anwar


Jika salam ini sampai ke hati tentu ada ada setitik rasa.

Hari ini agak kalut sedikit keluarga Anwar Ibrahim apabila tempoh dua minggu yang dibenarkan untuk Ketua Pembangkang yang disabitkan kesalahan liwat dan dihatuhi penjara lima tahun bagi membuat petisyan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 14 hari genap hari ini.

Lanjutan itu sekiranya Anwar tidak mengemukakan petisyen menyebabkan kedudukannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh akan terlucut secara automatik seperti mana kehendak perlembagaan negara. Jadi penyerahan pestisyen hari ini oleh keluarganya bagi mengelakkan status Anwar sebagai ahli parlimen terlucut.

Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak perempuan keduanya, Nurul Nuha ke Istana Negara lewat petang tadi untuk menyerah petisyan berkenaan. Manakala anak sulungnya Nurul Izzah ke parlimen untuk memberitahu Speaker parlimen mengenai petsiysen berkenaan.

Usaha keluarga Anwar itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat itu.

Sebelum ini Anwar dilaporkan tidak akan membuat permohonan kepada Yang di-Petuan Agong untuk memohon pengampunan atas alasan dia tidak mahu dikatakan bersalah dengan tuduhan itu. Ada tafsiran dibuat dan pemahaman, sekiranya memohon pengampunan bermakna dia mengaku bersalah dan menerima hukuman lima tahun penjara yang dikenakan ke atasnya itu. Kononnya tindakan itu menggambarkan pengakuan bersalah olehnya.

Kepada saya kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah menjatuhkan lima tahun penjara sebagai mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berbeza dengan hak dan kuasa yang ada kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada mana-mana rakyat negara ini yang memohon pengampunan. Dan ruang yang diberikan kepada Anwar atau sesiapa juga merayu pengampunan itu juga dibenarkan oleh perlembagaan. Jadi tidak timbul permohonan pengampunan itu menjatuhkan maruah seseorang.

Bukankah berada di luar penjara itu lebih baik daripada berada dalam penjara walaupun dilihat sebagai wira dan bermaruah? Perjuangan untuk rakyat menerusi Pakatan Rakyat lebih memerlukan penglibatan Anwar daripada hanya mendoakan Anwar dilayan adil dalam penjara. Banyak perkara dapat dibuat di luar penjara dengan berada dalam penjara.

Saya mengaku, saya bukan pakar dalam perundangan, tetapi tafsiran yang dibuat itu pada hemat saya nampak kurang tepat dan kurang bijak. Tanpa membuat pengampunan Anwar juga seakan menolak iktiar dan ruang yang ada.

Justeru saya awal-awal lagi merasakan Anwar tidak patut untuk tidak membuat permohonan untuk pengampunannya. Permohonan itu juga sebahagian daripada ikhtiar, dan fahaman ahli sunnah wal jemaah tidak menolak usaha iktiar dilakukan. Saya yakin Anwar seorang penganutan aliran ahli sunnah wal jemaah.

Alhamdulilah hari ini petisyen itu dibuat oleh isteri dan anak-anaknya. Ertinya ruang terbuka kepada Anwar untuk terus berdoa dan berharap dia dibebaskan sebelum tamat tempoh menjalani hukuman. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Anwar akan dibebas sebelum matang tempoh pemenjaraanya.

Mereka yang sayang kepada Anwar dan diharap terus memimpin Pakatan Rakyat berdoa dan bermunajaklah meminta Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terbuka hati untuk memberi perkenan.

Mengenangkan usaha Wan Azizah bersama anak-anaknya itu sedikit menyebabkkan kita. Betapa berat mata memandang dan bertimbun simpati kita kepada Anwar, tetapi apa dilamai oleh keluraganya tidak ada tolak banding. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Kita hanya mengaduh tetapi mereka yang menanggung dan menggsok kesakitan.

Mungkin bagi pengikut dan pendokong Anwar mereka sedih, tidak lalu makan dan tidak lena tidur apabila hero mereka digiring ke Sungai Buloh. Keadaan itu mungkin untuk beberapa jam dan beberapa hari sahaja, Tetapi bagi Dr Wan Azizah, anak-anak dan cucu-cucunya merasai kesedihan itu sehingga ke hari ini.

Pendokong boleh membakar lilin di luar penjara untuk beberapa hari sahaja, tetapi hati Wan Azizah dan anak-anak terus terbakar dan sakit dengan apa dialami oleh Anwar.

Selagi Anwar tidak dibebaskan dan berada dalam dakapan mereka, selagi itu mereka akan berusaha untuk membebaskan Anwar. Tetakdir kalau penyokong Anwar sudah tiada seorang pun, Azizah sebagai isteri yang setia bersama anak-anaknya tetap akan memperjuangkan nasib Anwar. Mereka tetap akan membela dan berdoa untuk Anwar. Kesetiaan isteri kepada suami dan kasih anak-anak kepada ayah dan ibu lebih tinggi dari kesetiaan dan kasih rakan politik.

Adalah diharap dengan ruang masih terbuka untuk Anwar terus kekal sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, selagi petisyennya tidak ditolak. Dalam hal ini juga diharap semoga ada kesedaran di hati Perdana Menteri Mohd Najib Razak untuk membantu Anwar.

Iya, Najib tidak ada kuasa seperti presiden Indonesia yang memiliki kuasa itu untuk memberi pengampunan kepada Anwar, tetapi beliau boleh menggunakan kedudukan dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri untuk membebaskan Anwar. Saya yakin kalau Najib menulis secebis surat memohon perkenaan agar Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pengampunan, akan ada sinar cerah untuk Anwar.

Keperluan Najib berbuat begitu, bukan bertujuan sebagai menzahirkan simpatinya kepada orang yang pernah memberi ruang dan tempat kepadanya dalam politik sehingga berada ditakah hari ini, tetapi pembebasan Anwar juga akan dapat menjadi penampan kepada arus dan badai yang sedang bergerak ke arahnya kini.

Apakah Najib tidak merasa gerun dengan petanda dan isyarat yang sudah dibunyikan itu? Saya yakin sekiranya Najib memberi budi kepada Anwar, ianya akan dibalas dengan bakti dan terima kasih tinggi oleh Anwar. Soal keputusan itu adalah hak mutlak mahkamah dan hakim, Najib tidak perlu beralasan kerana kita tahu sebesar mana kuasa yang ada kepada perdana menteri.

Kata bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi apabila memegang jawatan Perdana Menteri, baru dia tahu segala-gaanya, bahawa kuasa seorang PM adalah sangat besar dan luas. Nah inilah masa dan ketikanya untuk Najib meninggalkan seuatu legasi bermakna buat dirinya. [wm.kl.8:39 pm 24/02/15] - mso






"MEMOHON PENGAMPUNAN BUKAN BERMAKNA ANWAR BERSALAH - KITA MEMANDANG KEPADA USIANYA YANG SUDAH MENJANGKAU 68 TAHUN DAN SEMEMANGNYA BELIAU LAYAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN NEGARA INI."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.