Followers

Wednesday, February 18, 2015

Mereka Yang Arahkan Altantuya Dibunuh Masih Bebas ??



KITA TENGOK SIAPA YANG KENA ??????

Kes Bunuh Altantuya Shaariibuu : Sirul Azhar Bongkar Kronologi Misteri Motif Bunuh, Guna Bom C4 di Malam Kejadian? : “Saya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan”. Begitulah antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada mulut anggota UTK Koperal Sirul Azhar pada tanggal 4 Februari 2009 dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor.

Macam-macam tuduhan dan dakwaan yang terkait disebalik kes pembunuhan Altantuya Shariibuu ini yang mana Berita Semasa boleh katakan di sini kes pembunuhan berprofil inggi ini cukup sarat elemen drama seperti rasuah, seks, penyelewengan, pembunuhan, penganiayaan.

Figura yang bernama Sirul Azhar Omar yang berhadapan hukuman gantung sampai mati ini, hari ini beliau berada di Australia suatu negara yang menentang keras hukuman mati.

Sehinggakan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengatakan usaha membawa pulang Sirul sangat sukar dan amat mustahil.

Wawancara Sirul Azhar di Australia : Butiran Pembongkaran Kes Bunuh Altantuya?

Berita terkini yang Berita Semasa terima pada ketika ini yang mana Sirul Azhar sedang “dipancing dan dipinang” oleh stesen media terkemuka Australia bagi membongkar apa sebenarnya yang berlaku disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini berdasarkan pengakuan Sirul sendiri yang mana besar kemungkinan beberapa perkara penting seperti di bawah ini akan didedahkan secara terperinci :

Kenapa dia (Sirul) dan Azilah bunuh Altantuya Shaariibuu

Sirul dan Azilah akan menjelaskan bagaimana mereka menerima arahan untuk bunuh Altantuya ShaariibuuMengapa dan kenapa beliau mengatakan dirinya menjadi “kambing hitam” ketika berlangsung perbicaraan ke atas dirinya dan AzilahSirul Azhar akan meluahkan ketidakpuashatiannya secara terprinci bagaimana orang penting yang mempunyai motif disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas

Isu ini menjadi perhatian dan menjadi buah mulut apabila kes disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu ini dikaitkan dengan :

komisen pembelian kapal selamrekod Imigresen Altantuya Shaariibuu hilang entah ke manadakwaan mengatakan Altantuya mengandungkan anak “seseorang” pada ketika itubagaimana kelulusan pengunaan bom C4 diperolehi sedangkan ia perlu diluluskan di peringkat tertinggiprosiding mahkamah mengatakan motif tidak penting sedangkan dua polis elit UTK ini sama sekali

Sehingga akhirnya meninggalkan beberapa persoalan di atas tanpa jawapan sehingga ke hari ini. Jigsaw puzzle dan misteri yang menarik untuk dirungkaikan. Boleh dikatakan semua kes bunuh di Malaysia ada motif, kes Mona Fendy pun ada motif, Cuma kes bunuh Altantuya Shaariibuu tidak pelru motif? Hebat…..

Hebat sangatkah Sirul Azhar dan Azilah Hadri sehingga mempunyai orang bawahan di Imigresen, Tentera yang mampu melicinkan perjalanan disebalik “tugasan khas” mereka berdua bunuh Altantuya Shaariibuu.

P/S : Berita Semasa sehingga ke hari ini tidak menyangka ada rakyat Malaysia yang sanggup bukan sahaja bunuh malahan meletupkannya dengan bom yang berada dalam simpanan Kementerian Pertahanan Malaysia sehingga berkecai.

PP/S : Apa yang Berita Semasa harapkan di Malaysia, mana yang benar kemenangan akan berpihak padanya tanpa mengira kaum, bangsa, agama, kuasa dan pangkat. Salah tetap salah. Jangan sampai ada yang terlepas dan “terkecuali”


Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.