Akhi, adakah akhi tahu bahawa orang Melayu Malaysia ini antara kumpulan bangsa dunia yang paling sukar menerima perkara baru atau peralihan ideologi. Sebab itu Kristian memerintah tanah Melayu/Malaysia sejak tahun 1511 Portugis di Melaka sehingga merdeka 1957.
Berbagai pendekatan dibuat antaranya dengan membina Sekolah Missionaris seperti Methodist, Clifford, St Michael, St John, Convent dan lain-lain, tetapi masih tak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Benarkah gerakan misionari tidak berjaya ?
Apakah kawan kita ni tak baca sejarah ke? Lupakah Razman, bahawa penjajah Inggeris yang datang adalah dengan misi kristianisasi mereka 3G -Gold, Glory, Gospel.
Bahawa, Kesultanan Melayu Melaka dulu telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450).
Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.
Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Itulah kejayaan paling besar penjajah Inggeris - mereka berjaya mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu).
Razman janganlah begitu naif dengan mengatakan penjajah tidak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Kelangsungan proses kristianisasi masih berterusan sehingga kini : #Pada 19 Nov 1997, Aisyah menalipon bapanya, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”
Aishah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. di sini #Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.
Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. #Pada 1997, Menurut kenyataan bekas padri berbangsa Melayu, Joseph Saleh Omar beliau menyatakan ditangan beliau sahaja, beliau berjaya memurtadkan seramai 3 ribu orang Melayu terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia .
En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982 di sini #Gamis Perak ketika menemuramah Mufti Perak, Harusani: Dato’ Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’ Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?
Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi.
Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah?
Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260 ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400 ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan.
Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).
Sila rujuk di sini # Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan di sini PJ Razman berkata Begitulah juga pertubuhan atau parti politik yang berideologi baru.
Beberapa contoh boleh diambil, seperti Parti Negara pimpinan Dato Onn, HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah di antara ideologi baru yang memberi impak tetapi tidak boleh bertahan lama dan mati tanpa kubur.
Pasma pula pimpinan Dato Ir Pahrolrazi YDP Pas Kuala Kedah, Mantan Timbalan Pesuruhjaya dan mantan Exco Kerajaan Negeri semasa PAS Kedah dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Razak dan juga Adun Sungai Limau PAS wajib menjaga keharmonian dalam parti dan mencegah virus atau unsur-unsur yang mengundang keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan.
Pasma yang didaftar sebagai NGO, matlamat dan tujuan yang tertulis dalam dalam peraturannya masih dikaburi, tetapi didakwa adalah bertujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat PR.
Pemerhatian bentuk program dan kegiatan nya adalah seperti Parti Politik. Sepertimana yang dinyatakan, parti yg berpengaruh boleh berkubur, inikan pula Pasma, yang bukan ancaman atau pencorak lanskap politik negara yang tidak merasa tergugat dengan kemunculannya. Cuma ianya perlu dicegah dari awal, bimbang ia merupakan barah dan perosak.
Saya datangkan satu analogi, suami isteri bergaduh sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Apa akan terjadi kepada rumahtangga tersebut sekiranya isteri membuat pakatan belakang dengan jiran atas tujuan mengukuhkan kekeluargaannya. Apakah rumah tangga itu akan selamat? Ini bukan mengukuh, tapi meroboh.
Jangan letakan kesalahan kepada PasMa Kemunculnya Parti Negara pimpinan Dato Onn, adalah berkemungkinan besar gara-gara ideologi baru yg cuba diserapkan oleh Dato Onn.
Tetapi HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah bukanlah kerana membawa ideologi baru sebagaimana dakwaan Razman.
Kemunculan parti-parti tersebut adalah kerana pertembungan merebut kuasa dalam parti. PasMa bukan pertubuhan parti politik dan tidak membawa mana-mana ideologi baru. Matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat.
Maka sekiranya PAS benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat, kenapa perlu memusuhi PasMa yang mempunyai matlamat yg sama? PasMa sebagaimana yg selalu dijelaskan oleh Presidennya, ialah satu badan NGO.
Dia tidak ada apa-apa kuasa untuk mencorakan kepimpinan dalam PAS. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas.Itu semua ditentukan oleh ahli PAS sendiri.
Kemelut dalaman PAS telah berlalu begitu lama sejak 2008 lagi, adalah rentetan kepada idea UG hingga menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008.
Razman jangan cuba meletakan keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan ini ke atas PasMa.
Setelah 2 kali PAS bermuktamar , kemelut dalaman ini tidak pernah diusulkan untuk dibincangkan secara tuntas. Ini adalah kelemahan pucuk pimpinan. Analogi suami isteri bergaduh yang Razman katakan itu agak menyimpang jauh.
Sebagai badan NGO, PasMa adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan setiap parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini akan membantu pelaksanaan dasar-dasar dan prinsip yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
PasMa bukan sahaja dianggotai oleh orang PAS, malah dari PKR dan juga DAP. PJ Razman berkata PAS mempunyai struktur pembuat dasar dan keputusan yang tersusun sehingga terbina institusi kekuatan seperti yang ada pada hari ini. MSU adalah pembimbing dan pemandu arah supaya tindakan dan keputusan PAS tidak tersasar dari matlamat penubuhan dengan panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias.
MSU dilantik daripada mereka yang makruf dan faqeh ilmu agamanya. MSU telah mengeluarkan nasihat supaya ahli parti tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjur oleh Pasma.
Arahan ini dilihat seperti dibangku sampahkan. Bahkan autoriti MSU dipandang enteng, kekuatan PAS cuba dirobek. Inilah percubaannya. PASMA bukan ancaman yang perlu digentar.
Kehadiran Pasma dapat dilihat siapa yang kurang faham dan kurang patuh akan asas perjuangan PAS. Atas faktor ini dapat dijadikan indeks pengukur wala' pada Pimpinan.
Saya yakin Pasma akan berkubur sedikit masa lagi bersama dengan mereka yang sealiran dengannya. setiap kita mesti wala’ kepada perlembagaan organisasi Kalau benar tindakan dan keputusan PAS yang melarang ahli terlibat dengan PasMa menepati panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias, sila buktikan di mana terdapatnya tindakan PasMa selama ini bertentangan sumber hokum tersebut.
Apakah dalam perlembagaan PAS ada peruntukan larangan kepada ahli untuk menyertai NGO?
Saya ingin mengingatkan Razman bahawa setiap kita, tidak kira diperingkat mana kedudukan di dalam parti, setiap kita mesti wala’ kepada perlembagaan organisasi, yang telah digubal begitu rupa tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pasma akan berkubur sedikit masa lagi atau tidak, itu bukan urusan Razman. Itu kerja Allah dan berada dalam ilmu Allah.
Tak payahlah nak meramal macam Raja Bomoh Malaysia! PJ Razman berkata Ataupun untuk mencapai hasrat Pasma, iaitu mengukuhkan Pakatan dengan mengumpul rakyat yang berjuang tanpa batasan syarak perlu menjadi perbandingan masyarakat terhadap perjuangan PAS yang tulen.
Setiap tindak tanduk mereka menjadi sarang peluru untuk menguburkan mereka sendiri.
Saya bersetuju dengan pandangan Dr Zuhdi Marzuki yang dinyatakan baru baru ini, "Pasma eloklah keluar PAS buat parti baru. Mesti ada keberanian politik seperti AK Party di Turki. Bila dah tak sehaluan dengan Ebarkan dan Mehmet Kutan, tubuh parti lain dan akhirnya mereka menguasai Turki.
Jadi Pasma dan penyokongnya keluar buat parti baru tak perlu kacau PAS" Sama berjuang mengukuhkan PR dalam bahtera berbeza dan tujuan berbeza, dengan matlamat yang sama, iaitu ke Putrajaya. Inilah jawapan spontan apabila soalan itu diajukan. *
Catatan perjalanan balik dari program di Titi Gantung, Parit. Terus beristiqamah, Hj. Razman Hj. Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak Rabu 18 Februari 20159 29 Rabiul Akhir 14369 Ini pula jawapan spontan saya PAS bukan parti emak bapak Zuhdi atau Razman yang punya.
Selagi kita sebagai ahli, selagi itulah kita mempunyai hak sama untuk dilantik ke sebarang jawatan dalam parti dan mempunyai hak untuk memilih. Kalau ada peruntukan dalam perlembagaan membolehkan pemecatan mana-mana ahli yang menyertai atau bersimpati dengan PasMa , sila ambil tindakan.
Kalau tidak ada, sila tutup mulut cirit birit kamu itu! Salam PasMa kepada semua!
al-Husseyn
Menyanggah PJ Perak
Razman Zakaria
Jawapan : KENAPA SAYA NAMPAK TAKUT KEPADA PASMA?
Apabila ditanya kenapa takut sangat dengan PASMA, saya senyum dan terus
memberi jawapan spontan.
Akhi, adakah akhi tahu bahawa orang Melayu Malaysia ini antara kumpulan
bangsa dunia yang paling sukar menerima perkara baru atau peralihan
ideologi.
Sebab itu Kristian memerintah tanah Melayu/Malaysia sejak tahun 1511
Portugis di Melaka sehingga merdeka 1957. Berbagai pendekatan dibuat
antaranya dengan membina Sekolah Missionaris seperti Methodist,
Clifford, St Michael, St John, Convent dan lain-lain, tetapi masih tak
berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam.
Benarkah gerakan misionari tidak berjaya ?
Apakah kawan kita ni tak baca sejarah ke? Lupakah Razman, bahawa
penjajah Inggeris yang datang adalah dengan misi kristianisasi mereka 3G
-Gold, Glory, Gospel.
Bahawa, Kesultanan Melayu Melaka dulu telah menjadikan Undang-Undang
Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan
undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad
Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah
(1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah
jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan
undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula
berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Itulah kejayaan paling besar penjajah Inggeris - mereka berjaya
mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya
dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu).
Razman janganlah begitu naif dengan mengatakan penjajah tidak berjaya
menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Kelangsungan
proses kristianisasi masih berterusan sehingga kini :
#Pada 19 Nov 1997, Aisyah menalipon bapanya, “Assalamualaikum ayah! Ni
Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”
Aishah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul
tetapi ditutup oleh pihak tertentu. di sini
#Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari
Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.
Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.
#Pada 1997, Menurut kenyataan bekas padri berbangsa Melayu, Joseph
Saleh Omar beliau menyatakan ditangan beliau sahaja, beliau berjaya
memurtadkan seramai 3 ribu orang Melayu terutama penduduk negeri Perak
dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia .
En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada
Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar pada tahun 1982 di sini
#Gamis Perak ketika menemuramah Mufti Perak, Harusani: Dato’ Seri
bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’
Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?
Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu
bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk
Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi.
Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat
bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber
yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang
berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan
kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini
ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya
buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007
berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260 ribu melayu
Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400 ribu yang telah
bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini
didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk
diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan
saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di
Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).Sila rujuk di sini
# Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status
agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan di sini
PJ Razman berkata
Begitulah juga pertubuhan atau parti politik yang berideologi baru.
Beberapa contoh boleh diambil, seperti Parti Negara pimpinan Dato Onn,
HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan
Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah di antara ideologi baru
yang memberi impak tetapi tidak boleh bertahan lama dan mati tanpa
kubur.
Pasma pula pimpinan Dato Ir Pahrolrazi YDP Pas Kuala Kedah, Mantan
Timbalan Pesuruhjaya dan mantan Exco Kerajaan Negeri semasa PAS Kedah
dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Razak dan juga Adun Sungai Limau
PAS wajib menjaga keharmonian dalam parti dan mencegah virus atau
unsur-unsur yang mengundang keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan.
Pasma yang didaftar sebagai NGO, matlamat dan tujuan yang tertulis
dalam dalam peraturannya masih dikaburi, tetapi didakwa adalah bertujuan
untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat PR. Pemerhatian bentuk program dan
kegiatan nya adalah seperti Parti Politik. Sepertimana yang dinyatakan,
parti yg berpengaruh boleh berkubur, inikan pula Pasma, yang bukan
ancaman atau pencorak lanskap politik negara yang tidak merasa tergugat
dengan kemunculannya.
Cuma ianya perlu dicegah dari awal, bimbang ia merupakan barah dan
perosak. Saya datangkan satu analogi, suami isteri bergaduh sepatutnya
diselesaikan secara dalaman. Apa akan terjadi kepada rumahtangga
tersebut sekiranya isteri membuat pakatan belakang dengan jiran atas
tujuan mengukuhkan kekeluargaannya. Apakah rumah tangga itu akan
selamat? Ini bukan mengukuh, tapi meroboh.
Jangan letakan kesalahan kepada PasMa
Kemunculnya Parti Negara pimpinan Dato Onn, adalah berkemungkinan besar
gara-gara ideologi baru yg cuba diserapkan oleh Dato Onn.
Tetapi HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad
Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah bukanlah
kerana membawa ideologi baru sebagaimana dakwaan Razman. Kemunculan
parti-parti tersebut adalah kerana pertembungan merebut kuasa dalam
parti.
PasMa bukan pertubuhan parti politik dan tidak membawa mana-mana
ideologi baru. Matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas
agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Maka sekiranya PAS benar-benar
ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat, kenapa perlu memusuhi PasMa yang
mempunyai matlamat yg sama?
PasMa sebagaimana yg selalu dijelaskan oleh Presidennya, ialah satu
badan NGO. Dia tidak ada apa-apa kuasa untuk mencorakan kepimpinan dalam
PAS. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi,
itu tidak benar. Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar
Pas.Itu semua ditentukan oleh ahli PAS sendiri.
Kemelut dalaman PAS telah berlalu begitu lama sejak 2008 lagi, adalah
rentetan kepada idea UG hingga menyebabkan berlakunya Mesyuarat
Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am,
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008.
Razman jangan cuba meletakan keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan
ini ke atas PasMa.
Setelah 2 kali PAS bermuktamar , kemelut dalaman ini tidak pernah
diusulkan untuk dibincangkan secara tuntas. Ini adalah kelemahan pucuk
pimpinan.
Analogi suami isteri bergaduh yang Razman katakan itu agak menyimpang
jauh. Sebagai badan NGO, PasMa adalah satu medium bagi penyertaan sosial
dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan
setiap parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini akan membantu pelaksanaan
dasar-dasar dan prinsip yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.PasMa
bukan sahaja dianggotai oleh orang PAS, malah dari PKR dan juga DAP.
PJ Razman berkata
PAS mempunyai struktur pembuat dasar dan keputusan yang tersusun
sehingga terbina institusi kekuatan seperti yang ada pada hari ini. MSU
adalah pembimbing dan pemandu arah supaya tindakan dan keputusan PAS
tidak tersasar dari matlamat penubuhan dengan panduan Al-Quran,
Al-Hadith, Ijmak dan Qias. MSU dilantik daripada mereka yang makruf dan
faqeh ilmu agamanya.
MSU telah mengeluarkan nasihat supaya ahli parti tidak terlibat dengan
sebarang aktiviti yang dianjur oleh Pasma. Arahan ini dilihat seperti
dibangku sampahkan. Bahkan autoriti MSU dipandang enteng, kekuatan PAS
cuba dirobek. Inilah percubaannya. PASMA bukan ancaman yang perlu
digentar. Kehadiran Pasma dapat dilihat siapa yang kurang faham dan
kurang patuh akan asas perjuangan PAS. Atas faktor ini dapat dijadikan
indeks pengukur wala' pada Pimpinan.
Saya yakin Pasma akan berkubur sedikit masa lagi bersama dengan mereka
yang sealiran dengannya.
setiap kita mesti wala’ kepada perlembagaan organisasi
Kalau benar tindakan dan keputusan PAS yang melarang ahli terlibat
dengan PasMa menepati panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias, sila
buktikan di mana terdapatnya tindakan PasMa selama ini bertentangan
sumber hokum tersebut.
Apakah dalam perlembagaan PAS ada peruntukan larangan kepada ahli untuk
menyertai NGO? Saya ingin mengingatkan Razman bahawa setiap kita, tidak
kira diperingkat mana kedudukan di dalam parti, setiap kita mesti wala’
kepada perlembagaan organisasi, yang telah digubal begitu rupa tidak
bertentangan dengan syariat Islam.
Pasma akan berkubur sedikit masa lagi atau tidak, itu bukan urusan
Razman. Itu kerja Allah dan berada dalam ilmu Allah.Tak payahlah nak
meramal macam Raja Bomoh Malaysia!
PJ Razman berkata
Ataupun untuk mencapai hasrat Pasma, iaitu mengukuhkan Pakatan dengan
mengumpul rakyat yang berjuang tanpa batasan syarak perlu menjadi
perbandingan masyarakat terhadap perjuangan PAS yang tulen. Setiap
tindak tanduk mereka menjadi sarang peluru untuk menguburkan mereka
sendiri.
Saya bersetuju dengan pandangan Dr Zuhdi Marzuki yang dinyatakan baru
baru ini,
"Pasma eloklah keluar PAS buat parti baru. Mesti ada keberanian politik
seperti AK Party di Turki. Bila dah tak sehaluan dengan Ebarkan dan
Mehmet Kutan, tubuh parti lain dan akhirnya mereka menguasai Turki. Jadi
Pasma dan penyokongnya keluar buat parti baru tak perlu kacau PAS"
Sama berjuang mengukuhkan PR dalam bahtera berbeza dan tujuan berbeza,
dengan matlamat yang sama, iaitu ke Putrajaya. Inilah jawapan spontan
apabila soalan itu diajukan.
* Catatan perjalanan balik dari program di Titi Gantung, Parit.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu 18 Februari 20159
29 Rabiul Akhir 14369
Ini pula jawapan spontan saya
PAS bukan parti emak bapak Zuhdi atau Razman yang punya. Selagi kita
sebagai ahli, selagi itulah kita mempunyai hak sama untuk dilantik ke
sebarang jawatan dalam parti dan mempunyai hak untuk memilih. Kalau ada
peruntukan dalam perlembagaan membolehkan pemecatan mana-mana ahli yang
menyertai atau bersimpati dengan PasMa , sila ambil tindakan. Kalau
tidak ada, sila tutup mulut cirit birit kamu itu! Salam PasMa kepada
semua!
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.